
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
salam Ramadhan Kareem..saya rs mgkn dh agak lewat utk mengucapkan ahlan wa sahlan yg Ramadhan..sedar tak sedar, dh masuk hari yg ke-14 umat Islam menunaikan ibadah puasa..namun, sejauh manakah kita dh berusaha utk mengejar dan mengumpul sebanyak mugkin ganjaran yg Allah tawarkan kpd kita dlm 'pesta' ibadah ni??
bercakap mengenai Ramadhan, terkenang masa kecik2 dulu..dulu, kalu mai bulan posa(berckp dlm dialect utara), kanak2 termasuk aku la yg paling meriah sekali..sbb apa?lepas ja bukak posa, x sempat nk solat mahgrib, dh siap pasang pelita, cucuh bunga api, bakar mercun, main 'UFO', meriam buluh dan mcm2 lagi..bukan la nak igt nak ke masjid utk solat terawih, tp bunga api yg diutamakannya..:)
tak cukup dengan itu, kalau zaman kanak2 ni, terkenal la dgn istilah 'posa yang yop'..atau dlam ayat panjangnya, 'pagi2 buka periuk'..hehe..mcm2 kenangan masa zaman kanak2 ni..ada lagi!!! biasanya ibu bapa yg baru hndk melatih anak mereka berpuasa, akan menjanjikan ganjaran 'duit raya', sbg balasan utk berpuasa..1hari posa, RM1..berbaloi la tu..kalau 30 hari posa, dh dpt RM3o..tu pun dah cukup bermakna bg kanak2..
haa, tu tak termasuk lg time raya...bila rya, budak2 la paling seronok..malam raya tu, sanggup berenti main mercun jap, masuk rumah tgk TV utk dengar pengumuman Raya..kalau jadi, esoknya raya, semua bersorak gembira...hai indahnyaa zaman kanak2...tak dak nak pk masalah, boleh wat ja apa yg kita nak..
tapi, masa tu kan sntiasa berputar..sentiasa berjalan..sedar tak sedar, kita semua harus tinggalkan zaman indah kanak2 tu ke alam dewasa..dan bila dh masuk alam dewasa ni, sudah tentulah ada perbezaan yg sangat ketara menyambut Ramadhan..kalau zmn kanak2 dulu, kita sibuk dengan mercun, bunga api, membalas kad raya, tp zaman dewasa ni, kita dh mula berfikir, nak kumpul sebanyak mungkin pahala dlm pesta ibadah ni..pk nak khatam quran, nak Qiam hari2, nak amik sunat sahur, nak solat berjemaah, nak terawih..bila dh masuk alam dewasa ni, dah x pk dh nak main bunga api, mercun, kmpul duit raya keliling kg, balas2 kad raya.
inilah yg di katakan hakikat kehidupan..kita x akan selamanya berada pada satu tahap sahaja..semakin hari kita semakin meningkat dewasa..umur bukannya semakin berkurangan, namun semakin bertambah...persoalannya???dah cukupkah bekalan kita utk dibawa ke 'alam' sana?kalau nak puasa pun kita perlukan sahur sbg bekalan di siang hari, inikan pula bekalan utk menemui mati..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
sama2 lah kita mengejar 'SALE' yg Allah tawarkan ini dgn sebaik mungkin..peluang tak akan datang selalu..ianya hadir bg org2 yg benar2 menghargai...semoga kita semua di pertemukan dengan Lailatul Qadar,malam yg lebih baik dr seribu bulan..InsyaAllah:)
Friday, September 4, 2009
Ramadhan dulu dan kini...
Posted by Nor Farahani Saad at 5:28 AM 2 comments
Sunday, August 2, 2009
Hidup ini perlukan 'Research Method'
Tiba2 tergerak hati utk menulis pasal 1 subjek wajib yg sy ambil pd sem ni iaitu 'Advanced Research Methodology'...subjek yg memerlukan pengaplikasian teori ini merupakan subjek wajib diambil oleh setiap final year student bg melengkapkan graduation audit mereka..hajat di hati bukanlah nak menceritakan pasal outline course ni,tp just nak berkongsi cerita yg dibawa oleh lecturer yg ajarkan subjek ini..sgt menarik!!;)
sekadar perkongsian dgn sahabat2, dalam kita menjalankan kajian, terdapat 7 langkah yang harus diikuti iaitu:
- State the problem
- Justification of problem
- Literature Review
- Theoretical Framework
- Data Collection
- Analysis
- Conclusion
- State the problem (Pasangan yg bagaimana kita inginkan?)
- Justification of problem ( Kenapa kita meletakkan sesuatu syarat @ kriteria dlm memilih pasangan?..dan apakah tindakan kita selanjutnya apabila kriteria yg dicari, tlh dijumpai?)
- Literature Review..(minta pendapat org disekeliling ttg keputusan yg tlh kita buat, misalnya, apabila kita tlh nekad utk memilih sesorg itu sbg pasangannya, kaji latar belakang si dia melalui rakan2, saudara-mara atau org terdekat dgnnya)
- Theoritical Framework (Apa objektif kita sebenarnya?apakah aim or target kita slps ini)
- Data collection ( Mgkn dlm usaha mencari, ada beberapa list yg perlu dibuat pilihan, dan ianya memerlukan kita utk memilih yg terbaik daripada yg terbaik..)
- Analysis ( Berdasarkan data yg diperolehi, kemudian kita menganalisa setiap maklumat yg diperolehi..adakah ianya bersesuaian dgn objektif dan matlamat kita?)
- Conclusion(Konklusi dari kajian yg dibuat..adakah keputusan yg kita ambil atau lebih tepat lg, org yg kita pilih itu, bertepatan dgn kriteria yg kita tetapkan diawal kajian kita tadi?..)
walau apa pun, berbaliklah kepada ajaran Rasulullah. Daripada Jabir R.A, katanya Rasulullah mengajar kita melakukan solat istiqarah yakni memohon pilihan terbaik daripada Allah dlm segala urusan..Baginda S.A.W bersabda :
"Jikalau sesorang dari engkau berkehendakkan sesuatu, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat yg tidak termasuk solat fardhu kemudian ucapkanlah..."
p/s : utk sahabat2 yg sudah berpunya, atau masih mencari, mngkn 'research method' ini boleh dipraktikkan..hehe:)
Posted by Nor Farahani Saad at 7:05 PM 1 comments
Friday, July 24, 2009
Kesibukan yg melupakan...

Assalamualaikum..rsnya dh berminggu2 blog ni terbiar tnpa dikemaskini..dek kerana ada bbrp perkara penting yg perlu di 'awla' kan, maka terpaksa dibiarkan kalam cyber ni lenyap seketika dr tatapan pembaca...
alhamdulillah, 13 Julai lalu b'mulanya sem yg baru..maka bermulanya langkahku di bumi taman ilmu dan budi ni..langkah terakhir barangkali...apakah aku akan dtg lagi ke bumi yg byk mengajar aku erti hidup yg sebenar..bumi yg membawaku utk mengenali rasa nikmatnya bersahabat, ukhwah dan nikmatnya berada dlm satu 'tempat' yg mentarbiyah diri yg srba kekurangan ini..
kalau nak diceritakan pengalaman, amatlah banyak..mgkn blum tiba masa yg sesuai utk berkongsi bab tersebut..cuma utk tatapan pembaca dlm entry kali ini, saya tergerak utk menyentuh bab Masa atau 'al-waqtu' or Time...:)
mulanya sem baru, aku tlh diberikan taklifan yg bukan blh diambil mudah..pernah rs cuba utk menolak, tp apbl memikirkan ianya sbg satu sumbangan utk sahabat dan massa umumnya, aku rs bertanggungjawab utk menerimanya..terima kasih kpd shbt2 yg membantu menaikkan semangat, mmberi dorongan dan tnjuk ajar utk melaksanakan amanah ini..hanya doa kalian yg daku harapkan:)
menyentuh soal kerja2 'society', kerja2 sampingan persatuan atau yg lebih sinonim dgn student sprt assingment, semuanya berkaitan dgn Masa..Time Managment..bgaimanakah masa yg diperuntukan 24jam sehari, dpt kita manfaatkan sebaiknya..pernah ada shabat yg mengeluh, 'ish penat la farah, letih, byk kerja x siap lagi ni,assigment, kuiz, presentation, meeting, meeting dan meeting..nak bc quran pn x smpat, apatah lagi nk Qiam'...sy kira ramai yg pernah melalui situasi yg sedemikian..kt merasakan masa 24jam yg ada, ingin ditambah menjadi 48jam sehari..
masa yg berlalu, sudah tidak blh diundur..masa yg sedia ada perlu dimanfaatkan sebaiknya..masa yg akan datang perlu dirancang semoleknya agr tidak dibiarkan terlpas tnpa pengisian..yg pasti, semuanya berbalik kpd diri kita sndiri..bagaimana bijaknya kita utk menguruskan masa yg sedia ada..pendapat peribadi sy, jika masa yg kita peruntukan itu adalah utk melakukan perkara2 Ma'ruf, jgnlah mengeluh duhai sahabat..even kita cemburu melihat shbt2 yg boleh tidur di bilik, blh hanging out dgn kwn2, blh menonton wayang, sedangkan kita trpksa berhempas pulas melaksanakan taklifan yg diberi, anggaplah ianya satu Tadhiyyah yg bakal dibayar oleh Allah di hari pembalasan kelak.."intansurullah ha yan surkum"
saya kira shbt2 sekalian sgt familiar dgn firman Allah dlm Surah Al-'Asr..
Posted by Nor Farahani Saad at 1:37 AM 0 comments
Thursday, July 9, 2009
Akhirnya....PPSMI dimansuhkan mulai 2012
Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berkata di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar dua matapelajaran itu.
Sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing, tambahnya.
Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing pada 2014.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.
Dalam sidang media khas di Putrajaya, Muhyiddin berkata kabinet hari ini meluluskan cadangan strategi kementeriannya untuk memartabatkan bahasa Melayu dan memantapkan pengajaran bahasa Inggeris.
"Strategi ini dirangka berdasarkan hasil kajian dan pemantauan yang telah dilakukan oleh Kementerian Pelajaran mengenai PPSMI sejak dasar ini mula dilaksanakan pada 2003," katanya.
Muhyiddin menyebut beberapa kelemahan besar dalam PPSMI yang mendesak kerajaan mengembalikan dasar bahasa pengantar untuk pengajaran dua subjek teknikal itu.
Rentetan pelaksanaan PPSMI
Julai 2002 - Mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Januari 2003 - Dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah
Januari 2007 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah
Januari 2008 - Pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah
Mac 2009 - Lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Ia didukung Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.
Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.
Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."
Mei 2009 - Kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus mencipta rekod sejarah budayawan menentang dasar kerajaan tersebut.
Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara."
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."
Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012
sumber: malaysiakini.com
untuk maklumat lanjut sila ke : Kerajaan akui PPSMI banyak kelemahan, mansuh PPSMI kejayaan rakyat
sesetngah pihak menganggap ini merupakn satu mainan politik..hmm...apa kata survey??? :)
tak sia2 bagi siapa yg ke demo temph hari ye...;)
Posted by Nor Farahani Saad at 4:37 PM 4 comments
Wednesday, July 8, 2009
Suatu Kenangan...
Hakikat yang perlu diterima oleh setiap insan yang bergelar hamba ialah kehilangan. Ubat yang paling mujarab untuk penyakit kehilangan ialah KENANGAN..Dalam era modenisasi dan zaman IT ini, gambar menjadi salah satu bentuk kenangan yg dpt digunakan. Tapi, tahukah sahabat sekalian bahawa ada satu lagi bentuk kenangan yg paling berkesan untuk disimpan yakni kenangan yang berbentuk tulisan. Jika kita imbau kembali kpd zaman ulama silam dahulu, mereka dikenang hingga kini bukan kerana gaya 'posing'nya di hadapan kamera, tetapi kerana hebatnya mereka mengarang kitab-kitab agung sebagai tatapan sehingga ke generasi sekarang.
Berapa ramaikah di kalangan kita yang menyedari tentang hakikat suatu kenangan ini? Berapa ramaikah di antara kita umat Islam yang boleh mengarang, berkarya dan menulis? Ada sesetengah di antara kita yang sering merendah diri mengatakan ' aku tak mampu, aku tak cukup ilmu, siapalah aku nak berkarya, aku sibuk la' dan sebagainya...Dek kerana sikap kita yg sebegini, kita terpaksa menjadikan buku2 rujukan dari barat sebagai rujukan terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi..
Medium apakah yg sesuai utk kita mengorak langkah menghasilkan sebuah tulisan ini? sy secara peribadi berpendapat menulis blog adalah salah satu daripada langkah permulaan yang baik. Dalam era teknologi maklumat skrg ini, sudah ramai mahasiswa yg bangkit dan menghasilkan blog sendiri dengan coretan2 yg begitu mantap. terpulang kpd seseorang individu itu bagaimanakah cara mereka untuk mewarnai coretan di blog mereka..ada yg lebih gemar menulis mengenai Siasah, Tarbiyah, santai, pengalaman peribadi, pemantauan harian dan sebagainya..sy kira itu semua terpulang kpd hak masing2..
Bloggers boleh datang dan pergi. begitu juga dgn pengunjung yg turut sama datang dan pergi. namun, bg pengunjung setia yg mengenali rapat dgn pemilik blog, mereka pasti mengharapakan sesuatu yg baru drpd blog tersebut..dan apbl sebuah blog itu tidak lg dikemaskini dek krn pemergian pemilik blog, pasti perasaan hiba dan sayu menyelubungi diri..Blog tersebut masih berpengunjung, tp dipenuhi dgn ucapan takziah buat keluarganya, namun pemilik blog sudah tdk mampu mmbaca ucapan2 yg indah dan doa di blognya..
namun, segala ilmu dan nasihat yg ditinggalkan si pemilik blog, merupakan satu amal jariah yg berterusan untuknya. begitu jugalah dengan karya yg ditinggalkan oleh ulama2 terdahulu. sebagai contoh Dr Fathi Yakan seorang ilmuan dan tokoh gerakan Islam yg tlah kembali ke rahmatullah baru2 ini.. bukan dgn menggantung gambar beliau patut dijadikan kenangan, tetapi sebarkanlah usaha beliau demi kebangkitan Islam...
Terlintas di fikiran, adakah saya akn terus istiqomah utk terus menulis? dan bagaimanakah nnti blog sy di ketika hari kematian...waktunya belum diketahui, namun ianya merupakan satu pemergian yg pasti...sy tertarik dgn kata2 ini.."Hidup adalah sebuah exam yg gagalnya tiada ruang untuk mengulanginya kembali"..Wallahu 'alam
Labels: sekadar coretan
Posted by Nor Farahani Saad at 5:33 PM 0 comments
Wednesday, July 1, 2009
Pengalaman Berharga Dalam Kenangan...

Hari ni dh genap 2 bulan saya menjalankan latihan industri atau dlm bhs yg selalu diguna pakai 'praktikal'..alhamdulillah, hari terakhir di ofis semuanya berjalan dgn lancar..syukur ku panjatkan kepada Allah krn diberi kesempatan utk mengenali kakitangan di Pejabat Agama Daerah SPT, dan memberikan peluang utk menimba ilmu dan pengalaman yg sgt berharga dlm hidup..
Saya pernah menulis dlm entry sebelum ni yg menggambarkan perasaan takut dan gementar saya utk menghadapi suasana baru..tp at last, alhamdulillah smuanya dpt dilalui dengan izinNya..nak diceritakan pengalaman, mmg sgt banyak..dlm masa yg singkat ni, sy dpt belajar byk p'kara..
antaranya, dah tau camna cara nak proses borang kahwin, cerai, rujuk..saya juga belajar prosedur2 memohon penceraian, kahwin luar negara, daftar perkahwinan dan sebagainya...itu hal yg berkaitan dgn Nikah, Cerai dan Rujuk..
Pengalaman lain yg dpt sy timba ialah dalam bahagian pendidikan, yang mana PADSPT menguruskan lebih berpuluh2
sekolah KAFA di sekitar daerah BM dan juga sek agama rakyat di sekitar kwsn tersebut..sy juga berpeluang menghadiri Majlis Ihtifal Sanawi Sekolah2 Agama Rakyat Pulau Pinang..terubat rindu dihati apabila dpt melihat adik2 menyampaikan persembahan nasyid..terkenang kembali zaman persekolah dulu..;)
Seterusnya, sy juga berpeluang mengetahui prosedur Imam2 dan Bilal2 Masjid dikendalikan, dan juga kelolaan masjid2 dan surau2 di sekitar daerah tersebut..sy juga diberi kesempatan utk bersama2 menjadi committee utk upacara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ZON SPT dan SPS..semuanya merupakan pengalaman yg cukup bermakna bagi menjalani kehidupan akan dtg.
Dalam pd itu, sy juga berpeluang berhadapan dgn bermacam2 ragam manusia..ada yg dtg mengamuk di pejabat, ada yg marah2 hndk dipercepatkan urusan, ada jg yg memaki hamun kami dan dituduh makan gaji buta dll..melalui cerita2 daripada kaunselor, pegawai penguatkuasa dan juga melalui pengalaman sendiri, dpt sy simpulkan bahawa, 'back to our basic'..meaning that we should back to our religion, which is ISLAM..
Mengapa saya berkata demikian?hal ini kerana melalui pemerhatian dan pengalaman bekerja, sy mendapati antara faktor2 yg menyebabkan keretakan rumahtangga adalah berpunca drpd tiadanya persefahaman antara pasangan, si isteri curang, si suami simpan perempuan, si suami berjudi, kaki pukul, minum arak, penagih, penderaan suami keatas isteri, tidak memberi nafkah zahir dan batin dan byk lagi..faktor2 begini terjadi kerana kurangnya ditekankan didikan agama dalam kehidupan..
Ingatlah sahabat2, kalau bukan kita sendiri yg mengubah nasib dan cara hidup kita, siapa lg yg akan merubahnya? takkan nak diharapkan ibu bapa sampai ke tua, atau kawan2?..Allah tlh berfirman dalam Surah Ar-Rad : 11
Kalau nak diceritakan pengalaman berharga sy ni, rsnya x cukup 1 page..nnti rs cam wat report praktikal plak..;)...rsnya cukup dulu la setakat ni..klu ada shbt2 yg nak tau cerita selanjutnya, boleh la rodger2 sy di sem baru nnti..
Kepada boss yg sgt baik dan sporting orgnya, kpd staff2, tok kadi2 di PADSPT, syukran 'ala kullihal, thank you so much!!!terima kasih bangat atas segala tnjuk ajar, ilmu, teguran, dan kenangan2 yg diizinkan singgah dlm kamus hidup sy..teringat lagi usikan2 nakal staff di situ..'hah farah pas hbs praktikal ni, trus balik merap mak dia la nak menikah dh..proses borang kawin pandai dah'..saya lantas memberikan jawapan 'standart'...'eh mana ada, lmbt lagi aihh, study pn x habis lagi'..;)..itulah antara kenangan2 yg tak akan dilupakan..
harapnya nukilan sy kali ini tidak membosankan para pembaca..sekadar ingin berkongsi pengalaman dan harapnya sama2 dijadikan pengajaran dlm meniti kehidupan ini..wallahu'alam.;)
Labels: nukilan peribadi
Posted by Nor Farahani Saad at 11:17 PM 0 comments
Sunday, June 21, 2009
Selamat Hari Bapa
Hari Bapa? 'eh bila hari bapa ye'? terpacul soalan tu keluar dari mulut adikku minggu lpas..dengan spontannya aku menjawab, 'ish ntahlah, kak pon tak tau'...tiba2 pada hari yg sama abgku menelefon abahku dan mengucapkan Selamat Hari Bapa..kami adik beradik terpinga2..masing2 berdialog, 'eh hari ni ka hari bapa?' lantas dengan segan silunya, aku turut sama mengucapkan ucapan hari bapa kpd abahku...aku bermonolog di dalam hati,'alahai cmna blh lupa ni'...
Tapi rupa2nya bila dilihat semula prom02 dan iklan2 di kaca TV, rupa2nya hari bapa jatuh pada hari ni..21 JUN..maknanya abah dapat dua kali ucapan...ucapan yg advance dan ucapan yg sebenarnya...hehe..
walaupun sambutan ini bukanlah satu sambutan yg wajib diraikan dan tidak termaktub pun dalam mana2 kitab, namun bagi ku hari2 adalah hari ibu dan bapa.. sambutan ini sebenarnya diperkenalkan oleh org barat..mgkn kerna hubungan kekeluargaan mereka renggang dan dengan adanya sambutan sebegini, secara tidak langsung, mereka dpt mengingati ibu bapa mereka.
Perlukah tunggu hari bapa ja baru nak wish dan bagi hadiah? atau tunggu hari bapa ja baru nak hargai jasa mereka kpd kita? tidak sahabat2...bagi saya, tidak kiralah hari apa pun, ibu bapa harus diingat setiap waktu..buktinya kita diajar utk sentiasa mendoakan mereka..
"Ya Allah Ampunilah dosa2ku, serta dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku"
Alhamdulillah syukur ku panjatkan kpd Allah atas kurniaannya kpdku seorang bapa yg amat memahami dan menyayangiku..tanpa kusedari kadang2 hati remaja ini memberontak utk memenuhi segala kemahuan yg ada dihati..abah dengan penuh sabar cuba utk memenuhi kemahuan anak remajanya ini..Teringat aku kepada lagu dendangan In-Team bertajuk Sentuhanmu..
oh ayah tak pernah kuhitung berapa byk kerutan didahimu..yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku..yg sedaya ayah laksanakan"
Posted by Nor Farahani Saad at 6:15 PM 2 comments




