Hakikat yang perlu diterima oleh setiap insan yang bergelar hamba ialah kehilangan. Ubat yang paling mujarab untuk penyakit kehilangan ialah KENANGAN..Dalam era modenisasi dan zaman IT ini, gambar menjadi salah satu bentuk kenangan yg dpt digunakan. Tapi, tahukah sahabat sekalian bahawa ada satu lagi bentuk kenangan yg paling berkesan untuk disimpan yakni kenangan yang berbentuk tulisan. Jika kita imbau kembali kpd zaman ulama silam dahulu, mereka dikenang hingga kini bukan kerana gaya 'posing'nya di hadapan kamera, tetapi kerana hebatnya mereka mengarang kitab-kitab agung sebagai tatapan sehingga ke generasi sekarang.
Berapa ramaikah di kalangan kita yang menyedari tentang hakikat suatu kenangan ini? Berapa ramaikah di antara kita umat Islam yang boleh mengarang, berkarya dan menulis? Ada sesetengah di antara kita yang sering merendah diri mengatakan ' aku tak mampu, aku tak cukup ilmu, siapalah aku nak berkarya, aku sibuk la' dan sebagainya...Dek kerana sikap kita yg sebegini, kita terpaksa menjadikan buku2 rujukan dari barat sebagai rujukan terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi..
Medium apakah yg sesuai utk kita mengorak langkah menghasilkan sebuah tulisan ini? sy secara peribadi berpendapat menulis blog adalah salah satu daripada langkah permulaan yang baik. Dalam era teknologi maklumat skrg ini, sudah ramai mahasiswa yg bangkit dan menghasilkan blog sendiri dengan coretan2 yg begitu mantap. terpulang kpd seseorang individu itu bagaimanakah cara mereka untuk mewarnai coretan di blog mereka..ada yg lebih gemar menulis mengenai Siasah, Tarbiyah, santai, pengalaman peribadi, pemantauan harian dan sebagainya..sy kira itu semua terpulang kpd hak masing2..Bloggers boleh datang dan pergi. begitu juga dgn pengunjung yg turut sama datang dan pergi. namun, bg pengunjung setia yg mengenali rapat dgn pemilik blog, mereka pasti mengharapakan sesuatu yg baru drpd blog tersebut..dan apbl sebuah blog itu tidak lg dikemaskini dek krn pemergian pemilik blog, pasti perasaan hiba dan sayu menyelubungi diri..Blog tersebut masih berpengunjung, tp dipenuhi dgn ucapan takziah buat keluarganya, namun pemilik blog sudah tdk mampu mmbaca ucapan2 yg indah dan doa di blognya..
namun, segala ilmu dan nasihat yg ditinggalkan si pemilik blog, merupakan satu amal jariah yg berterusan untuknya. begitu jugalah dengan karya yg ditinggalkan oleh ulama2 terdahulu. sebagai contoh Dr Fathi Yakan seorang ilmuan dan tokoh gerakan Islam yg tlah kembali ke rahmatullah baru2 ini.. bukan dgn menggantung gambar beliau patut dijadikan kenangan, tetapi sebarkanlah usaha beliau demi kebangkitan Islam...
Terlintas di fikiran, adakah saya akn terus istiqomah utk terus menulis? dan bagaimanakah nnti blog sy di ketika hari kematian...waktunya belum diketahui, namun ianya merupakan satu pemergian yg pasti...sy tertarik dgn kata2 ini.."Hidup adalah sebuah exam yg gagalnya tiada ruang untuk mengulanginya kembali"..Wallahu 'alam
DONATION FOR ROHINGYA
12 years ago
0 comments:
Post a Comment