Saturday, February 27, 2010

Sollu 'alan nabi


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


assalamualaikum..kalam cyber kembali terisi..;)
semalam,26 Februari 2010,bersamaan dgn 12 Rabiu'l awal 1431Hijrah..hari keputraan baginda, Nabi Muhammad S.A.W..selawat dan salam ke atas junjungan besar baginda dan seluruh kaum keluarganya,dan sahabat2nya..semoga kita tergolong dlm golongan yg sntiasa mendapat syafaat daripada baginda..

'Rasulullah dalam mengenangmu,kami susuli lembaran sirahmu,pahit getir perjuanganmu, membawa cahaya kebenaran"

lagu yg pernah di popularkan oleh kumpulan nasyid tanah air,Hijjaz pada suatu ketika dahulu..terkenang ketika zaman kanak2 ku dulu,aku pernah menjadi 'tekong' menyanyikan lagu tersebut..lagunya mungkin biasa didengar oleh kita,tp pengisian lirik2nya mengigatkan kita kepada junjungan mulia yg sangat agung dan kita kagumi hingga yaumul qiamah..

teringat pada suatu kisah yg aku dengar drpd 1org ustaz..masa tu dok dlm kereta.kebetulan abahku membuka siaran radio kedah FM kalu x silap..ust menceritakan bagaimana para sahabat begitu menghargai dan menyayangi Rasulullah walaupun semasa ketiadaan baginda..ceritanya begini....

kenalkah kita pada bilal bin rabah??sahabat yg baginda sgt kasihi..selepas kewafatan baginda, saidina abu bakar telah mengambil alih tampuk kepimpinan Islam dan menjadi khalifah ar-rashidin yg pertama selps zaman kenabian baginda..kemudian tampuk kepimpinan saidina abu bakar,diambil alih pula oleh saidina umar al-khatab..ketika inilah,saidina umar telah memerintahkan para sahabat utk mencari bilal bin rabah yg ketika itu dikhabarkan berada di Syria.beliau membawa diri kerana begitu sedih dgn kewafatan baginda S.A.W...setelah dipujuk, bilal bersetuju utk kembali ke madinah bertemu dgn saidina umar al-khatab..
suatu hari, Bilal diarahkan melaungkan seruan azan,kerana penduduk2 di madinah sudah lama rindukan suaranya yg merdu itu..bilal menolak pada mulanya,tetapi setelah dipujuk, akhirnya beliau bersetuju..

bila mana azan dilaungkan, penduduk madinah ketika itu,keluar dari rumah masing2,dan mereka gembira bercampur sebak kerana bilal sudah pulang..apa yg menyentuh perasaan saya ialah, apabila tiba di kalimah 'ashadu anna Muhammadarrasullulah',bilal terus terhenti seketika dek kerana sebak terkenangkan nabi Muhammad S.A.W...masyaAllah, begitu syahdunya tatkala mendengar cerita tersebut..sy turut sama merasa sebak dgn apa yg didengari,ini kan pula sahabat2 baginda yg hidup bersama2 baginda memperjuangkan dan melebar luaskan syiar Islam ini..sy cuba membayangkan suasana ketika itu...

jadi kwan2,rakan2,sahabat2...apa yg harus kita lakukan sbg umat baginda?baginda sentiasa ingatkan kita sehinggalah ke akhir hayatnya..nama umatnya yg disebutkan..'ummati,ummati,ummati'...tp kita sbg umatnya,apa yg sudah kita sumbangkan utk melebar luaskan syiar Islam ni?apa yg dah kita lakukan sbg tanda kita sayangkan baginda?apa yg telah kita lakukan sebg tanda kita mengaku baginda adalah idola dlm kehidupan seharian kita?renungkanlah semula..sekurang2nya, berselawatlah ke atas baginda setiap hari..dan berdoalah semoga mendapat syafaat baginda di hari akhir kelak..wallahu 'alam..hayya sollu alan nabiyy..;)

3 comments:

Hasbi said...

Sedih bila terkenangkan pengorbanan baginda terhadap umatnya. Sanggup menitiskan darah kerana umatnya. Sanggup mengikat perut kerana umatnya. Sanggup berjalan jauh demi umatnya. Siapakah umatnya? Kita lah umat Rasulullah SAW, umat baginda.

Bingai @ Bangang said...

Blog anda telah tersenarai di e-Direktori Bloggers Malaysia

Anda dipelawa menggunakan logo e-Direktori di blog anda.

Cia ling said...

keren gan article ini..kunjungi juga gan http://chaniaj.blogspot.com/


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger