Wednesday, July 1, 2009

Pengalaman Berharga Dalam Kenangan...


Hari ni dh genap 2 bulan saya menjalankan latihan industri atau dlm bhs yg selalu diguna pakai 'praktikal'..alhamdulillah, hari terakhir di ofis semuanya berjalan dgn lancar..syukur ku panjatkan kepada Allah krn diberi kesempatan utk mengenali kakitangan di Pejabat Agama Daerah SPT, dan memberikan peluang utk menimba ilmu dan pengalaman yg sgt berharga dlm hidup..

Saya pernah menulis dlm entry sebelum ni yg menggambarkan perasaan takut dan gementar saya utk menghadapi suasana baru..tp at last, alhamdulillah smuanya dpt dilalui dengan izinNya..nak diceritakan pengalaman, mmg sgt banyak..dlm masa yg singkat ni, sy dpt belajar byk p'kara..
antaranya, dah tau camna cara nak proses borang kahwin, cerai, rujuk..saya juga belajar prosedur2 memohon penceraian, kahwin luar negara, daftar perkahwinan dan sebagainya...itu hal yg berkaitan dgn Nikah, Cerai dan Rujuk..

Pengalaman lain yg dpt sy timba ialah dalam bahagian pendidikan, yang mana PADSPT menguruskan lebih berpuluh2 sekolah KAFA di sekitar daerah BM dan juga sek agama rakyat di sekitar kwsn tersebut..sy juga berpeluang menghadiri Majlis Ihtifal Sanawi Sekolah2 Agama Rakyat Pulau Pinang..terubat rindu dihati apabila dpt melihat adik2 menyampaikan persembahan nasyid..terkenang kembali zaman persekolah dulu..;)

Seterusnya, sy juga berpeluang mengetahui prosedur Imam2 dan Bilal2 Masjid dikendalikan, dan juga kelolaan masjid2 dan surau2 di sekitar daerah tersebut..sy juga diberi kesempatan utk bersama2 menjadi committee utk upacara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ZON SPT dan SPS..semuanya merupakan pengalaman yg cukup bermakna bagi menjalani kehidupan akan dtg.

Dalam pd itu, sy juga berpeluang berhadapan dgn bermacam2 ragam manusia..ada yg dtg mengamuk di pejabat, ada yg marah2 hndk dipercepatkan urusan, ada jg yg memaki hamun kami dan dituduh makan gaji buta dll..melalui cerita2 daripada kaunselor, pegawai penguatkuasa dan juga melalui pengalaman sendiri, dpt sy simpulkan bahawa, 'back to our basic'..meaning that we should back to our religion, which is ISLAM..

" al-Islamu Ya'lu Wa La Yu'la 'Alaih'

Mengapa saya berkata demikian?hal ini kerana melalui pemerhatian dan pengalaman bekerja, sy mendapati antara faktor2 yg menyebabkan keretakan rumahtangga adalah berpunca drpd tiadanya persefahaman antara pasangan, si isteri curang, si suami simpan perempuan, si suami berjudi, kaki pukul, minum arak, penagih, penderaan suami keatas isteri, tidak memberi nafkah zahir dan batin dan byk lagi..faktor2 begini terjadi kerana kurangnya ditekankan didikan agama dalam kehidupan..

Ingatlah sahabat2, kalau bukan kita sendiri yg mengubah nasib dan cara hidup kita, siapa lg yg akan merubahnya? takkan nak diharapkan ibu bapa sampai ke tua, atau kawan2?..Allah tlh berfirman dalam Surah Ar-Rad : 11

".....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"


Kalau nak diceritakan pengalaman berharga sy ni, rsnya x cukup 1 page..nnti rs cam wat report praktikal plak..;)...rsnya cukup dulu la setakat ni..klu ada shbt2 yg nak tau cerita selanjutnya, boleh la rodger2 sy di sem baru nnti..

Kepada boss yg sgt baik dan sporting orgnya, kpd staff2, tok kadi2 di PADSPT, syukran 'ala kullihal, thank you so much!!!terima kasih bangat atas segala tnjuk ajar, ilmu, teguran, dan kenangan2 yg diizinkan singgah dlm kamus hidup sy..teringat lagi usikan2 nakal staff di situ..'hah farah pas hbs praktikal ni, trus balik merap mak dia la nak menikah dh..proses borang kawin pandai dah'..saya lantas memberikan jawapan 'standart'...'eh mana ada, lmbt lagi aihh, study pn x habis lagi'..;)..itulah antara kenangan2 yg tak akan dilupakan..

harapnya nukilan sy kali ini tidak membosankan para pembaca..sekadar ingin berkongsi pengalaman dan harapnya sama2 dijadikan pengajaran dlm meniti kehidupan ini..wallahu'alam.;)

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger