Monday, January 26, 2009

Tahniah YB2 UIAM 08/09

assalamualaikum w.b.t...
22 Januari 2009, telah melakarkan satu lagi sejarah buat mahasiswa UIAM apabila wat kali ke-10 nya, barisan Pro-Mahasiswa kembali lagi mewarnai dan mewarisi barisan kabinet MPP UIAM. saya turut berada di dalam dewan (experimental hall) ketika keputusan diumumkan oleh Dato Hamidon..berdebar2 perasaan saya kali ni..rs macam nak terkeluar jantung..debaran sgt terasa mungkin kerana, kwan baik saya sendiri yg masuk bertanding kali ini.

daripada 16 kerusi yg dipertandingkan di Gombak, Pro-mahasiswa berjaya membolot 9 kerusi..4 kerusi pula dibarisi oleh calon pelajar2 antarabangsa. 1org calon daripada PKPIM,10rg daripada pro-aspirasi,dan 10rg lagi merupakan calon bebas.

daripada pengamatan saya, saya merasakan piliharaya kali ini agak hambar..ini kerana peratusan pelajar yang mengundi adalah kurang berbanding tahun lepas..pelajar2 juga kurang tahu bahawa hari ini adalah hari untuk mengundi..perang2 poster juga tidak kelihatan di kulliyyah2..Hal ini mungkin kerana, ramai dikalangan pelajar yg telah pulang ke kampung, atau mungkin kerana pelajar2 UIAM sudah kurang berminat utk ambil tahu tntg 'politik kampus'??di manakah salah dan silapnya??

alhamdulillah, walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar..tiada peristiwa2 seperti tragedi berdarah sepertimana tahun lalu. pilihanraya kali ini boleh dikatakan berjalan dalam keadaan yg lancar tanpa sebarang masalah yg timbul.

jadi, pesanan saya kepada YB2 baru, jalankanlah tugas dengan sebaiknya..amanah yg dipikul bukanlah utk mengejar 'glamour' semata2..bukan juga hanya utk mengejar 'sijil MPP' semata2..tetapi ketahuilah hakikatnya bahawa amanah dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan sebaiknya..walau pihak mana pun yg menang, anda adalah pemimpin yg dipilih oleh pelajar UIAM di kuliyyah masing2..dan pelajar2 UIAM memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anda bagi memperjuangkan kebajikan mereka di bumi UIA..harapan saya kepada YB2 baru, 'be strong!, be positive!' tabahkan hati, kuatkan kesabaran, pasti ada kemanisan menanti dihadapan anda..ma'annajah 'alaikum..all the best!!mabruk!!!ingatlah YB bukanlah Yang Berhormat, tetapi seorang Yang Berkhidmat!!:)

dibawah disertakan keputusan penuh pilihanraya kampus UIAM 08/09

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES

AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590KULLIYYAH OF

ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MUHAMMAD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)

Pro-Mahasiswa Ungguli PRK UIAM

SEBAHAGIAN MPP bersorak gembira setelah diumumkan sebagai pemenang PRK UIAM sesi 2008/2009 semalam.

GOMBAK - Barisan Pro-Mahasiswa berjaya mengungguli pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi 2008/2009 apabila menguasai 17 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan semalam.
Pada pemilihan itu, barisan Pro-Aspirasi hanya berjaya memenangi satu kerusi manakala calon bebas menenangi sembilan kerusi.
Sementara itu, pembuangan undi untuk dua kerusi lagi iaitu bagi Kulliyah Sains Bersekutu di Kampus Kuantan ditangguhkan pada 29 Januari ini ekoran mendapat bantahan daripada Pro-Mahasiswa.
Jurucakap Pro-Mahasiswa, Ahmad Nor Muslim berkata, keputusan semalam mengekalkan rekod bersih Pro-Mahasiswa memenangi jumlah kerusi majoriti dalam barisan MPP UIAM sejak 10 tahun lalu.
"Kami akan terus mengambil pendekatan rasional iaitu bertoleransi dan bersifat kritikal untuk terus bersama-sama memajukan UIAM,'' katanya ketika ditemui pada sesi pengumuman keputusan pilihan raya kampus UIAM yang disempurnakan oleh Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIAM, Datuk Hamidon Abdul Hamid semalam.
berita dipetik daripada akhbar kosmo bertarikh : 23 Januari 2009

Saturday, January 17, 2009

SRC GENERAL ELECTION 08/09


Akhirnya masa yg ditunggu2 bakal menjelang tiba..jika negara sedang sibuk dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi berlainan keadaannya di kampus. rata2 kampus di sekitar lembah klang telah,sedang dan akan menghadapi pilihanraya kampus bg memilih barisan majlis perwakilan pelajar mereka yg baru.

Bagaimanakah keadaannya dgn UIA? keadaan di UIA agak mengejutkan pada mulanya apabila pada peringkat awalnya, notis dikeluarkan menyatakan bahawa hari penamaan calon(nomination day) jatuh pada 12 Januari 2009..dan hari mengundi ialah pada 16 Januari 09...dan borang penamaan calon boleh didapatkan pada keesokan harinya..tetapi,apa yg memeranjatkan calon2 ialah apabila tiba-tiba keluarnya arahan bahawa notis yg dikelurkan semalam telah dibatalkan..maka,calon2 terpaksa menunggu notis baru bagi mengetahui bilakah sebenarnya tarikh pilihanraya kampus UIA...hasil siasatan yg didapati oleh wakil mantan SRC, arahan itu dilakukan kerana tarikh yg dikeluarkan tidak selari dengan tarikh yg tlh ditetapkan oleh BOSSA(majlis yg diwakili oleh dekan2).BOSSA telah menetapkan bahawa tarikh pilihanraya bg UIAM ialah pada 19 Januari 09.

Notis baru telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa tarikh pilihanraya ialah pada 19 Januari 2009, dan tarikh penamaan calon ialah 16 Januari 2009 iaitu pd hari jumaat..dan ini bermakna tempoh utk berkempen hanya dihadkan selama 2hari setengah..hmm mcm mana tu??banyak rungutan yg diterima.."mcm mana nak kempen.?dah la hari cuti,mana ada student..sapa nak dengar kita kempen"..itulah antara rungutan2 yg saya dengar dari pelbagai pihak..

"Manusia merancang,Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik2 perancang"..rentetan kejadian tumpahan minyak kelapa sawit ke dalam sungai yang menyebabkan ketiadaan air di bumi UIA,maka tarikh pilihanraya juga terpaksa ditukar..Hal ini demikian kerana, pihak universiti memberikan cuti selama 3 hari kepada pelajar2nya ekoran ketiadaan air bermula hari jumaat-ahad..berikutan kejadian tersebut, tarikh baru bagi pilihanraya kampus di bumi UIA ialah pada 22 Januari 09, dan hari penamaan calon ialah pada 19 Januari 09,bersamaan hari isnin..dan ini bermakna tempoh berkempen ditetapkan selama 2hari..hal ini telah melegakan banyak pihak, baik dari segi jentera pilihanraya, calon2, penyokong, dan mungkin pengundi sendiri...

Apakah sebenarnya percaturan untuk pilihanraya kali ini?siapkah yg akan memegang tampuk pimpinan SRC UIAM pada sesi ini?bagaimanakah strategi kempen yg bakal dilaksanakan oleh jentera2 kempen?siapakah calon2 yg bakal bertanding mewakili suara mahasiswa di kuliyyah masing2?pastinya, ada pelajar2 UIAM yg mempunyai 'political concern' tertanya2 akan hal ini..apa2pon yg bakal terjadi,saya ingin mengucapkan all d best utk semuanya..dan kpd bakal YB2 yg bakal mewarisi takhta SRC 08/09 agar menjalankan tugas dgn sebaiknya..jgnlah menggangap bahawa tugas SRC ini hanya utk mengejar 'glamour'..seandainya glamour yg anda kejar dan inginkan, maka pastinya anda akan lebih glamour dikalangan pelajar dgn hanya duduk berdiam diri tnpa melakukan sebarang pekerjaan..sama2 kita nantikan apa yg bakal berlaku pada 22 JANUARI 09..

Saturday, January 10, 2009

3000 Mahasiswa berdemontrasi membantah kekejaman Zionis!!!

Srikandi2 harakah islamiyyah:)

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!




lagi berita di:http://www.gamisdaily.com

Sunday, January 4, 2009

tagged...!

asyik kn tagged ja,tp x nah jawb.kali ni trasa nak jwb dh:)

1.What have you been doing recently?
celebrate besday bestfren
2.Do you ever turn your cell phone off?
jarang la..slalu ms dlm exam hall ja
3.What happened at 10am today?
basuh baju..
4.When did you last cry?
lama dh rsnya x teriak..last ms parents g umrah bln 5 thn lepas kot
5.Believe in fate/destiny?
percaya..
6.What do you want in your life now?
success,happiness,good career,happy family,care about others..byk laa..x terkira
7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
payung pn x dak..pnh beli 1kali,pastu hilang, x beli dh..redah ja hujan tu..hujan tu rahmat:)
8.What’s your favourite thing to do on the bed?
sleep of course..kdg pkiaq kerja2 yg x pnh stop
9.What is ur favourite clothes?
pakaian yg simple n menutup aurat n sesuai dgn tmpt
10.What’s the nicest things in your inbox?
msg dr my mum,wish good luck utk exam n msg form my best friend
11.Do you tend to make the relationship complicated?
x sgt..simpe ja
12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
x suka,takut rosak.
13.What was the last movie you caught?
xdak..x smpt tgk movie
14.What are you proud of?
i have a happy family n i have friends who always support me in everytihng i do
15.What does the oldest text msg in your inbox say?
msg muhasabah
16.What was the last song you sang out loud?
xdak pn..dgr org nyanyi ja
17.Do you have any nicknames?
no
18.what was the newest text say?
kwn ajk makan..jom
19.What time did you go to bed last night?
1.00am
20.Are you currently happy?
so far so good. tp xla sgt..pikiaq mcm2 bnda
21.Who gives you the best advise?
my mum n family n me myself
22.Do you eat whipped cream straight from the can?
no
23.Who did you talk on the phone last night?
my bro..tya pasal practical
24.Is something bugging you now?
xda plak
25.Who was the last person to make you laugh?
baya ngn noni..sbb br lunch dgn depa td..ada ja bnda yg nak tergelak
26 .I want to tag them: xmau la..kesiann:)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger