Sunday, August 2, 2009

Hidup ini perlukan 'Research Method'

Tiba2 tergerak hati utk menulis pasal 1 subjek wajib yg sy ambil pd sem ni iaitu 'Advanced Research Methodology'...subjek yg memerlukan pengaplikasian teori ini merupakan subjek wajib diambil oleh setiap final year student bg melengkapkan graduation audit mereka..hajat di hati bukanlah nak menceritakan pasal outline course ni,tp just nak berkongsi cerita yg dibawa oleh lecturer yg ajarkan subjek ini..sgt menarik!!;)

sekadar perkongsian dgn sahabat2, dalam kita menjalankan kajian, terdapat 7 langkah yang harus diikuti iaitu:

  1. State the problem
  2. Justification of problem
  3. Literature Review
  4. Theoretical Framework
  5. Data Collection
  6. Analysis
  7. Conclusion
Apa yg menariknya, utk memberikan lg kefahaman kpd kami, Prof tlh memberikan cth 'mencari pasangan hidup' sbg topic of discussion. saya akan klasifikasikannya mengikut langkah2 yg diberi

  1. State the problem (Pasangan yg bagaimana kita inginkan?)
  2. Justification of problem ( Kenapa kita meletakkan sesuatu syarat @ kriteria dlm memilih pasangan?..dan apakah tindakan kita selanjutnya apabila kriteria yg dicari, tlh dijumpai?)
  3. Literature Review..(minta pendapat org disekeliling ttg keputusan yg tlh kita buat, misalnya, apabila kita tlh nekad utk memilih sesorg itu sbg pasangannya, kaji latar belakang si dia melalui rakan2, saudara-mara atau org terdekat dgnnya)
  4. Theoritical Framework (Apa objektif kita sebenarnya?apakah aim or target kita slps ini)
  5. Data collection ( Mgkn dlm usaha mencari, ada beberapa list yg perlu dibuat pilihan, dan ianya memerlukan kita utk memilih yg terbaik daripada yg terbaik..)
  6. Analysis ( Berdasarkan data yg diperolehi, kemudian kita menganalisa setiap maklumat yg diperolehi..adakah ianya bersesuaian dgn objektif dan matlamat kita?)
  7. Conclusion(Konklusi dari kajian yg dibuat..adakah keputusan yg kita ambil atau lebih tepat lg, org yg kita pilih itu, bertepatan dgn kriteria yg kita tetapkan diawal kajian kita tadi?..)
hehe, sekadar perkongsian ye sahabat2..jangan ada yg berpransangka plak..nnti dikatakan sy yg mengajar utk mencari pasangan..:)

walau apa pun, berbaliklah kepada ajaran Rasulullah. Daripada Jabir R.A, katanya Rasulullah mengajar kita melakukan solat istiqarah yakni memohon pilihan terbaik daripada Allah dlm segala urusan..Baginda S.A.W bersabda :
"Jikalau sesorang dari engkau berkehendakkan sesuatu, maka hendaklah bersembahyang dua rakaat yg tidak termasuk solat fardhu kemudian ucapkanlah..."

"....Ya Allah jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini memang baik untuk agamaku, kehidupanku, urusanku sekarang dan masa akan datang, maka takdirkanlah itu untukku dan permudahkanlah ianya untukku..tetapi jikalau Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah buruk untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku buat masa sekarang dan masa akan datang, maka Engkau jauhkanlah ianya untukku, dan jauhkan aku daripadanya..dan takdirkanlah mana-mana yang baik untukku di mana sahaja adanya kebaikan dan redhakanla aku.."

p/s : utk sahabat2 yg sudah berpunya, atau masih mencari, mngkn 'research method' ini boleh dipraktikkan..hehe:)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger