assalamualaikum....lamanya x update blog ni..kalau la blog ni wujud di alam nyata, msti dh hbs berhabuk dan dihinggap sarang labah2 kn..hehe..actually, kesibukan exam dan kerja2 luaran menyebabkan keterbatasan masa utk menulis dlm blog ni..tp mgkn tu cuma alasan ja..padahal kemalasan yg membelenggu dan merenggut jiwa ni sebenarnya...:)
berbalik kepada topic di atas, ucapan takziah itu saya tujukan khusus wat sahabat saya, 'mohd aizad bin yahya', HS student, yg tlh kehilangan ayahanda tercinta pada hari jumaat, 13 feb yg lalu..rentetan kemalangan di antara sebuah motosikal(dibonceng oleh arwah)dan sbuah kereta di kawasan felda pancing utara, akhirnya meragut nyawa ayahanda sahabat sy, arwah pakcik yahya..berikutan kemalangan itu, arwah telah ditempatkan di ICU di hospital ampuan afzan, pahang..doktor mengesyaki ada darah beku dalam otk mangsa.
berita kemalangan ayahnya telah dimaklumkan kpd rata2 shbt2 kami di HS..dan rentetan itu juga, pihak SHAS Mosque telah mengadakan satu solat hajat ketika solat jumaat yg lepas bg mendoakan kesihatan arwah yg pada ketika itu masih berada di wad ICU..namun, Allah lebih menyanyangi arwah..lebih kurang jam 10.30mlm, arwah telah pergi menghembuskan nafasnya yg terakhir di hsopital tersebut...arwah meninggalkan 1 org balu, dan 5 org anak yg masih menigkat dewasa dan baru ingin mengenal erti kehidupan..
aizad, sahabat saya dan juga rakan sekelas n rakan sekerja sejak dari matrik lg, merupakan anak sulong kpd arwah..setelah mendapat berita tntg kematian ayahnya, terus terlintas di fikiran saya, 'Ya Allah,kesiannya dgn aizad..besarnya tanggungjawab dia nnti'...lantas saya terus menelefon beberapa rakan karib di HS sndiri untuk memaklumkan berita ini..kami bersepakat utk ke Kuantan pd keesokan harinya untuk menziarahi jenazah dan juga memberi semangat kepada aizad sndiri..
alhamdulillah, perjalanan kami ke kuantan dipermudahkan oleh Allah.. dengan menaiki 2 buah kereta,(1st time drive sndiri jauh2).:).. kami selamat tiba di sana lebih kurang pukul 11pg..sekali lg, Allah permudahkan urusan kami apabila sejurus tiba di kampung aizad, kami nampak van yg membawa jenazah ayahnya, n kami pn terus follow van tersebut sampai ke tanah perkuburan..setibanya di sana, kami mencari2 kelibat aizad dan juga yuli(kwn baik kami juga) di sekitar kawsn perkuburan..tp mereka blum lg tiba..beberapa minit kemudian, mereka tiba..dari jauh, sy dpt melihat wajah sugul aizad dan adik2 nya..tidak dilupakan juga, wajah sugul ibunya yg pasrah dengan ketentuan Ilahi ini..ternyata, kehadiran kami, menaikkan lagi semangat aizad utk terus kuat dlm hidupnya..
apa yg menyentuh perasaan saya ialah, apabila mendengar talkin yg dibaca oleh imam kg tersebut..slah satu ayatnya yg begitu terkesan dihati sy ialah ' selamat tinggal wahai saudaraku..kembalilah engkau kepada penciptamu'...perasaan sebak tiba2 datang menjengah dan dicampur juga dengan perasaan gerun apabila ingatkan tntg detik kematian..bacaan talkin itu sebenarnya secara tidak langsung mengingatkan kita tentang kematian..tentang azab siksaan kubur...tentang alam barzakh, etc..
DONATION FOR ROHINGYA
12 years ago
0 comments:
Post a Comment