GEORGETOWN (21 DIS): Setelah mendapat bantahan daripada Dewan PemudaPas Pulau Pinang, program tarian jalanan atau iDance tetap berlangsungsemalam. Lokasi pertama Kempen iDance bermula di New World Park,George Town. Sebelum ini, kempen tersebut turut mendapat bantahan dandesakan daripada UMNO Pulau Pinang dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Kempen iDance anjuran DANZITY Dance House dengan kerjasama Exco Beliadan Sukan Negeri Pulau Pinang ini pada dasarnya bertujuanmemperkenalkan tarian jalanan sebagai alternatif dalam menanganimasalah gejala sosial seperti melepak, pengambilan alkohol dan dadah,rempit serta sebagai mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yangmenyihatkan. Aktiviti ini juga dijalankan di tempat awam denganpantauan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang telah mengadakan himpunan bagimembantah kempen tersebut. Desakan bantahan tersebut dibuat denganmempersoalkan sejauh mana kempen tersebut dapat mengatasimasalah-masalah di atas. Aktiviti-aktiviti seumpama ini dilihatmenjadi punca meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja. MalahDewan Pemuda turut mempersoalkan konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar yangdiperkenalkan oleh Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Setelah perbincangan yang melibatkan pihak penganjur dan wakilpesuruhjaya Pas Negeri diadakan, Pas meminta supaya aktiviti yangmencampurkan lelaki dan perempuan itu tidak melibatkan remaja melayudan islam. Pas juga menasihatkan penganjur supaya mengasingkan jugalelaki dan perempuan bukan muslim.
Penulis yang mewakili Penang Muslim Student Association atau PISAsempat menyaksikan program iDance yang berlangsung semalam di NewWorld Park. Kira-kira 200 hingga 300 penonton menghadiri programtersebut. Daripada 13 kumpulan tarian yang mengambil bahagian, hanyasatu kumpulan sahaja merupakan peserta muslim. Program tersebutberjalan dengan lancar dan dipantau oleh beberapa orang daripada pihakpolis dan Rela. Pada pandangan penulis, program seumpama ini jika mendapat pemantauanyang sepatutnya serta dikawal segala aktiviti-aktivitiny a, tidaklahakan mendatangkan kesan yang negatif kecuali pada beberapa perkaraseperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang menjolokmata di kalangan peserta dan penonton, serta aktiviti-aktiviti negatifyang berlaku selepas tamat program. Desakan untuk menghentikan programtersebut dilihat tidak releven dalam masyarakat yang pelbagai di PulauPinang, namun cadangan serta desakan untuk tidak melibatkan remajamuslim perlu dipertimbangkan dengan syarat pihak terbabit menyediakanprogram-program alteratif yang dapat menyelesaikan masalah-masalahsosial dan pada masa yang sama tidak mengabaikan kehendak-kehendakremaja.
Penulis berharap agar kerjasama yang lebih erat dapat diadakan antaraPas dengan kerajaan negeri supaya setiap program yang dianjurkan olehkerajaan negeri serta mana-mana pihak mengambil kira juga sensitivitiumat islam serta penganut-penganut agama lain, dalam erti kata yanglain, menjadi `check and balance' dalam setiap tindak tanduk supayakeharmonian dapat terus dikekalkan. untuk keterangan lanjut tentang idance, sila ke laman web rasmi :-http://www.idance2008.blogspot.com/
p/s: coretan ini diambil drpd hasil nukilan timbalan presiden PISA( Penang Muslim Student Association)..
DONATION FOR ROHINGYA
12 years ago
0 comments:
Post a Comment