Friday, November 21, 2008

'amek dan abe'

Rumah penduduk kg

Assalamualaikum to all bloggers and all viewers..sory sbb lama xda entry baru..sj berdiam diri mncr idea2 br..:) utk entry kali ni, sy nak share 1 pengalaman yg cukup berhrga. pada 12-18 November yg lalu, sy tlh mengikuti satu pgrm anjuran COMRADE UIA,dipanggil sbg IPTA(Islamic Practical Teaching for Asli)..pgrm yg berjln selama seminggu ni diadakan di kg Teji & Abu, Cameron Highland. pgrm yg hmpir setahun ku tinggalkan ni, mmberi kan pngalaman yg cukup bermakna..

Untuk pengetahuan pembaca smua, pgrm ni berkisar serba sdikit ttg cara berdakwah kpd org2 asli..seramai 60 org peserta menyertai pgrm ni..apa yg menariknya ttg pgrm ni? kg teji merupakan pengalaman ke-2 sy slps kg pelantuk di perak pd thn 2007...bg sy kedua2 kg mempunyai keistimewaannya tersendiri..pnglaman yg berbeza, tp misi yg sama!!
sama seperti di pelantuk, utk di teji, saya diberi amanah utk brada dibwh research n development(RnD)..pglmn d RnD ni sgt menyeronokkan..dismping mmbuat research, byk ilmu ttg perkampungan,cr hidup org asli ni dpt sy pelajari.
Research kami dibahagikan kpd bbrpa kategori,antaranya ialah ekonomi, infrastruktur, sosiobudaya, keagamaan, dan pendidikan. sy merasakan, pglmn mnjadi RnD di teji lbh bermakna krn byk info yg saya dan shbt2 rnd lain perolehi. sbg cnthnya,melalui temu bual dgn tok batin kg teji, kami dpt mengetahui serba sedikit latar belakang, dan sejarah kg tersebut. kami juga dpt mengetahui cara hidup penduduk kg tersebut.. apa yg menyentuh hati sy ialah, ketika mana tok batin menceritakan ttg kesusahan beliau dan org kg meminta pihak YB utk membuat sebatang jalan utk masuk ke kg. alhamdulillah, brkat kesabaran mereka, terbalas juga akhirnya.. namun, apa yg dikesali, ketika pilihanraya br2 ni, org kg dikerahkan utk berkempen bermatian2 utk kemenenangan YB mereka, dan dijanjikan utk diadakan sebuah kenduri apbl menang kelak..namun,apa balasan yg org kg ni dpt???sekadar omongan kosong saja..bak kata pepatah, habis madu sepah dibuang..knapa manusia hnya sekadar tahu menaburkan janjinya sahaja,tp tunaikannya tidak!!!

Berbalik kpd research dlm sektor pendidikan, sy tersentuh melihat adik2 yg sggh bersemangat utk menuntut ilmu. mereka sanggup berjalan kaki, berpanas berhujan selama semata2 ingin mnjadi insan berguna dimasa hdpn..perjalanan ke sekolah tidaklah semudah yg disngka.perjalanan yg mengambil masa lebih kurang 20-30 minit di temani oleh jalan hutan yg berliku2..berbukit2..tengoklah shbt2,betapa gigihnya mereka!! kita sbg org biasa yg diberikan pelbagai kemudahan pun, ada kalanya malas utk bergerak mencari ilmu...hasil maklumat yg sya dpt dr tn guru besar sek keb telanok dan juga ats bantuan cikgu faizol, mereka memberitahu bhw, pelajar2 ni sgt bersemangat menimba ilmu..walaupon hari hujan, mereka ttp dtg biarpun lambat..

apa yg membanggakan sy juga,kehadiran boleh dikatakan mencapai tahap 95%.sgguh membanggakan!!dan apa yg membanggakan sy lg ialah, keputusan upsr pd thn ni dikatakan meningkat berbanding 3 thn lepas...peratusan pelajar yg lulus tlh meningkat..peningkatan ini adalah hasil dan berkat pertolongan guru2 sek yg sgt gigih berusaha mmberikan tunjuk ajar tnpa jemu kpd murid2 mereka..sy dimaklumkan bahawa, ada guru yg mmbuat kelas tmbhan kpd pljar2 ini,dan ada juga yg sanggup mmbawa murid2 ini bermalam di rumah mrka utk mengulangkaji pelajaran..hatta guru besar mereka sndiri sanggup mngmbil murid2nya seramai 5org utk dibawa blk kerumahnya dan dihantr ke sekolah isterinya bg memberi pendedahan ttg budaya ilmu kpd mereka. selain itu, apa yg mengharukan sy ialah, ada dikalangan guru2 ni yg sanggup turun pdang utk ke rumah penduduk2 kg bg mmberi kesedaran kpd para ibu bapa ttg pentingnya budaya ilmu ini kepada masa dpn anak2 mereka..hanya tuhan shj yg mampu mmbls jasa dan pengorbanan kalian!

Cerita seterusnya ialah mengenai keluarga angkat saya..alhamdulillah, sy diberi sebuah keluarga angkat yg sgt baik..amek maimun,ialah nama ibu angkat sya.seorang ibu tunggal yg mmpunyai lima org anak.1org lelaki dan 4 org perempuan..azizah(tlh berkahwin), khamisah, suhaila, azizan, dan liza yg sdg bersekolah di sg ruil dlm tgktn 4.. sy dan emy diberi peluang utk mengenali keluarga ini. rahsia mengenai org asli ini ialah, mereka sgt meng'ikram'kan tetamunya..sbg contoh, apbl kita bertandang ke rumah mereka, dan dihidangkan dgn teh susu, ataupon nasi beralaskan pinggan kaca, ini bermakna mereka amat menghargai kedatangan kita..sbb apa?susu kan mahal,dan pinggan kaca juga mahal..:)
apa yg menyentuh perasaan sy lagi ialah, apabila ibu angkat saya berusaha utk mmebrikan hidangan makanan yg terbaik buat kami hatta terpaksa meminjam beras dr jiran sebelah semata2 ingin menjamu maknan kpd kami..apa yg mengharukan lagi ialah, amek meminta bntuan adiknya utk menjerat ayam kg sbgai hidangan kpd kami..ayam kg bukanlah murah harganya..hidangan istimewa ayam kg bersama gulai nagka pd mlm itu sgt istimewa.tima kasih amek!!!:)

Alhamdulillah, spnjg pgrm smpat juga sy bersama emy mengimami solat jemaah bersama2 dgn amek dan anak2 perempuannya.walaupon mereka pd mulanya kelihatan agk kekok, tp kewajipan sbg seorg muslim,tidak mereka lupakan..smpt jugak kami mengajarkan bacaaan al-fatihah, cr solat yg betul kpd amek sekeluarga..alhamdulillah, syukur kupanjatkan kpd Allah krn diberi peluang ini...

Satu pengalaman yg x dpt sy lupakan ialah,apabila kami bersama2 org kg sama2 berhempas pulas mengagkat 'ration' @ brg2 pemberian JHEOA,jbtn hal ehwal org asli..tahniah sy ucapkan kpd kerajaan negeri pahang yg 'concern' trhdp kebajikan org asli ni..sy dimaklumkan bhw,perbelanjaan itu ditangguh sepenuhnya oelh Sultan Pahang sendiri...Daulat Tuanku!!brg2 yg diberi adalah utk tempoh sebulan..antara brg2 nya ialah 2kampit beras, 5 tin sardin, bberapa bgkus gula,tepung, milo, susu, teh dan sebagainya..sy rs ianya amat2 membantu penduduk kg utk mengalas perut mereka sehari-harian..tahniah kpd yg menyumbang!!kpd anak2 angkat smua, saya kagum dgn anda smua krn sanggup berjalan kaki, berteduhkan panas terik utk sama2 membantu abe dan amek mengangkat brg dari higway ke kg..smga usaha kita diberkatiNya:)

Sebelum sy terlupa, sbenarnya panggilan amek itu merujuk kpd 'ibu' dan abe merujuk kpd 'bapa'..panggilan2 ini berbeza mengikut suku kaum mereka..sbg contoh, kalau kaum temiar di pelantuk, pnggilan abe digantikan dgn apak..tp bg kaum semai di teji, abe dan amek mnjadi panggilan utama..selain itu, utk pengetahuan smua, org asli ni agak sesnsitif sebenarnya..seboleh mungkin, jika kita dihidangkan dgn makanan yg kita sndiri x pernah mkn atau rs sblm ni, jgn lah ditolak pelawaannya tu..ini krn, penolakan kita akan menyebbabkan mereka berjauh hati..
satu cara bg menarik perhatian mrk terhadap Islam ialah, dgn pembawakn diri kita sndiri..umum mengetahui bahawa, Rasulullah sndiri mengajar kita untk menunjukan pekerti yg mulia terhadap org di sekeliling kita..mnjadi Qudwah Hasanah adalah 1 cara dkwh mnarik org bukan islam terhadap islam..disamping itu, perhatian yg kita berikan kpd anak2 mereka juga merupakan 1 sbb utama mrka tertarik dgn Islam..jika ingin melaksanakan misi dakwah kpd mereka, haruslah sedaya upaya kita mndedahkan terlebih dhulu ttg Islam kpd anak2 mereka. sbg cnth, ajarlah anak2 mereka bersolat, mengambil wudhu' dna sebagainya..antaranya cara lain utk menarik minat mereka ialah melalui hiburan, sukan dan kenduri..

Rsnya dh banyak yg sy kongsikan bersama pembaca mengenai pengalaman sy kali ni...sy harap, pengalaman ni dpt mmberikan sedikit manfaat kpd pembaca smua dan harapnya kita juga sedar bahawa, jika kita merasakan diri kita susah, sebenarnya ada lagi org yg lebih susah drpd kita..cuba kita celikkan mata kita, luaskan telinga kita, bukakan minda kita utk melihat keadaan saudara kita di sekeliling..wallahualam..sekian dulu utk entry kali ini..jmpa lg d entry seterusnya...:)


6 comments:

Anonymous said...

wah meyentuh hati la entry ni,hehe..
ada jumpe abe saya??=)
-hairul-

Nor Farahani Saad said...

mnyentuh hati?hehe,besa ja.lama gk cr idea tu..ada,abe jali,tok bomoh paling handal di teji..sy teringat tgk abe jali wat sewang..excited sungguh!!:)

As said...

semua ni boleh masuk dalam kotak pengalaman hidup :)

p/s: akak, u cud improve by making this entry into many paragraphs :) mudah sket nak baca.]


take care!

As said...

semua ni boleh masuk dalam kotak pengalaman hidup :)

p/s: akak, u cud improve by making this entry into many paragraphs :) mudah sket nak baca.]


take care!

lydecker86 said...

moga boleyh terus join program lepas ni, hehe..and tahniah, menjadi seorang head RnD yang berjaya.. Thanks terima jawatan mengejut tu=)

Nor Farahani Saad said...

to raihan:
thanks coz byk tlg aku n thanks for ur support..insyaAllah,klu free aku join,jgn lupa ajak:)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger