Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa

Hari Bapa? 'eh bila hari bapa ye'? terpacul soalan tu keluar dari mulut adikku minggu lpas..dengan spontannya aku menjawab, 'ish ntahlah, kak pon tak tau'...tiba2 pada hari yg sama abgku menelefon abahku dan mengucapkan Selamat Hari Bapa..kami adik beradik terpinga2..masing2 berdialog, 'eh hari ni ka hari bapa?' lantas dengan segan silunya, aku turut sama mengucapkan ucapan hari bapa kpd abahku...aku bermonolog di dalam hati,'alahai cmna blh lupa ni'...

Tapi rupa2nya bila dilihat semula prom02 dan iklan2 di kaca TV, rupa2nya hari bapa jatuh pada hari ni..21 JUN..maknanya abah dapat dua kali ucapan...ucapan yg advance dan ucapan yg sebenarnya...hehe..

walaupun sambutan ini bukanlah satu sambutan yg wajib diraikan dan tidak termaktub pun dalam mana2 kitab, namun bagi ku hari2 adalah hari ibu dan bapa.. sambutan ini sebenarnya diperkenalkan oleh org barat..mgkn kerna hubungan kekeluargaan mereka renggang dan dengan adanya sambutan sebegini, secara tidak langsung, mereka dpt mengingati ibu bapa mereka.

Perlukah tunggu hari bapa ja baru nak wish dan bagi hadiah? atau tunggu hari bapa ja baru nak hargai jasa mereka kpd kita? tidak sahabat2...bagi saya, tidak kiralah hari apa pun, ibu bapa harus diingat setiap waktu..buktinya kita diajar utk sentiasa mendoakan mereka..

"Allahumagh Fir li Dzunubi Wali Walidayya Warhamhumakama Rab Bayyani Shaghiira"

"Ya Allah Ampunilah dosa2ku, serta dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku"

Bapa sbg ketua keluarga sering dilihat sebagai seorang yg tegas dan garang..namun disebalik ketegasan itu sebenarnya ada terselit kelembutan dihati mereka..tugas bapa mencari rezeki utk keluarga dan membentuk sebuah 'baitul muslim' yg diredhai Allah merupakan satu tanggungjawab yg besar..semuanya memerlukan kesabaran yg amat tinggi..

Alhamdulillah syukur ku panjatkan kpd Allah atas kurniaannya kpdku seorang bapa yg amat memahami dan menyayangiku..tanpa kusedari kadang2 hati remaja ini memberontak utk memenuhi segala kemahuan yg ada dihati..abah dengan penuh sabar cuba utk memenuhi kemahuan anak remajanya ini..Teringat aku kepada lagu dendangan In-Team bertajuk Sentuhanmu..

" ooo ayah....tak pernahku tanya..kemana tumpahnya keringatmu...
oh ayah tak pernah kuhitung berapa byk kerutan didahimu..yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku..yg sedaya ayah laksanakan"

renungan utk kita bersama....'seorang bapa bisa menjaga 10 orang anak, namun 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang bapa'....



Sunday, June 14, 2009

Patriotikkah remaja kita?

Kenapa tiba2 sy memilih topic ni utk entry kali ni?jawapannya adalah krn sy tertarik dgn tajuk tersebut apabila melihat rancangan Suara Siswa pada minggu lps yg menyentuh ttg tajuk tersebut..tp dlm rancangan tersebut, tajuknya lebih menumpukan kpd golongan mahasiswa..tp utk entry sy kali ni, sy memilih utk meluaskan ruang lingkup kpd golongan remaja..

Tahun ini genaplah 52 tahun negara kita menyambut kemerdekaan..namun sejuah manakah kita selaku rakyat Malaysia ini benar2 memahami erti kemerdekaan yg sebenarnya?alhamdulillah kita masih mampu lg menghirup udara segar di bumi Malaya ini, kita masih mampu utk bergerak bebas ke sana ke mari tanpa rasa gentar dengan adanya peluru berpandu atau penangan bom yg amat menggerunkan..jika dibandingkan dgn negara jiran kita, Thailand umpanya, kita selaku rkyt Malaysia seharusnya bersyukur dan menghargai apa yg kita ada skrg..jika kita lihat saudara2 kita di Palestin sana, terpaksa hdup dlm ketakutan, nak keluar rumah pn t'paksa berhati2..mereka dijajah dibumi mereka sendiri..

namun persoalannya, adakah negara kita sudah bebas dari dijajah atau pun penjajah??penjajah lebih sinonim dgn bangsa asing yg datang ke negara kita dan mengambil hak ditanah air kita sndiri..jika berbalik kepada sejarah kita 50tahun yg terdahulu, kita pernah dijajah oleh Portugis, British, Jepun yg mana merupakan kuasa2 besar pada zaman tersebut..namun berkat usaha nenek moyang kita, kita bisa mengecapi kemerdekaan hingga ke hari ini.

berbalik kpd topik entry saya kali ni, sy secara peribadinya menganggap kita sebenarnya masih dijajah..saya kecilkan ruang lingkup perbincangan kpd golongan remaja..secara am nya mmg negara kita sudah merdeka dr penjajahan senjata api, nuklear, bom dan sebagainya..namun kita sebenarnya masih lagi dijajah dari segi pemikiran..penjajahan secara halus ini sebenarnya lebih dan mungkin bahaya berbanding sebelumnya..

ayuh kita lihat ketika malam menyambut ulangtahun kemerdekaan. biasanya utk mnggu 'countdown' kemerdekaan, kita disajikan dgn konsert2 dr artis2 negara..dan kebanyakan daripada pengunjungnnya adalah mereka yg terdiri daripada remaja...dan apabila tepat jam 12.00 tghmalam, mereka dengan bangganya mengangkat tangan kanan melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!...tapi apa yg menyedihkan di tangan kiri turut sama terangkat ialah botol coca cola, carlsberg, pepsi yang mana semua ini merupakan barangan2 dari negara barat..


suasana malam merdeka (gambar hiasan)

Dalam pada itu juga, jika dilihat pula dari segi pemakaian, mereka lebih bangga utk mengenakan jeans Levis, t-shirt Machester United, Polo, Adidas dan yg perempuannya lebih gemar mengenakan skirt pendek, body-shirt, dan macam2 lagi jenis pakaian mengikut trend dan peredaran zaman skrg..kita dilihat lebih mengaungkan barangan dari negara barat berbanding negara sendiri..kenapa?bg sesetengah pihak, brgn barat dilihat lebih 'standart' ada 'class', ikut trend, lebih stylo dan mengancam...

Apakah ini budaya yg kita agung2kan?apakah ini juga pakaian yg diajar oleh nenek moyang kita sebelum merdeka dulu?dan yg paling penting, adakah ini sebenarnya pemakaian yg digariskan oleh ISLAM??apalah salahnya jika kita kembali kepada budaya dan adat org Melayu itu sendiri..kalau yg lelakinya lebih dilihat segak bergaya dengan Baju melayu, Bersongkok, berkain pelikat, dan yg perempuannya lebih manis jika mengenakan baju kurung, tudung di kepala, berkain batik..aduhai manisnyaa..:)..apalah salahnya jika kita kembali kpd tradisi dan budaya ini..salahkah kalau pergi ke kelas dgn berkain pelikat, berkain batik dan baju t-shirt pagoda.??haaa:)

kita juga dilihat lebih mengagungkan orang luar daripada orang didlm negara sendiri..contoh yg nyata ialah, remaja kini lebih mengagungkan artis2 dari barat, daripada tokoh2 di negara kita sendiri..mereka lebih gemar menjadikan artis2 barat ini sebagai 'IKON' dlm kehidupan seharian..dan negara kita juga pernah dikejutkan dgn penganugerahan 'Dato' kpd Shah Rukh Khan..byk suara2 yg tidak berpuas hati dgn tindakan tersebut yg dilihat lebih mengagungkan org luar daripada org dinegara sndiri..diibaratkan sprt, 'kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan'..

jadi sejauh manakah kita boleh meletakkan kayu ukur bahawa kita sebenarnya seorang yg patriotik..seorang yg mencintai negara, bangsa dan tanahair.? adakah dengan hanya mengibarkan jalur gemilang, sudah cukup utk membuktikan yg kita mempunyai semangat patriotisme dlm diri? atau mungkin dengan mempelajari subjek Sejarah di sekolah, blh menjadi kayu ukur kpd nilai patriotisme itu sendiri? atau mungkin, dengan menghadiri 'countdown' malam merdeka sudah membuktikan yg kita sayangkan negara kita..?? seandainya budaya barat ini lebih menjadi keutamaan, jadi siapa pula yg akan mengagungkan budaya dan tanahair kita sendiri? ' hubbul waton minal IMAN'


saya tidak menunding jari ke mana2 pihak, namun sy merasakan kita semua bertanggungjawab utk merubahnya.baik pihak kerajaan, media massa, ibu bapa, guru, kawan2 semuanya mempunyai tanggungjawab masing2..kerana apa?golongan remaja inilah yg akan mewarisi pentadbiran negara suatu masa nanti.mereka jugalah akan mencorakkan wajah negara kita nanti..hal ini dibuktikan dengan kata2 daripada Mantan presiden Indonesia:
"berikan aku 10 orang pemuda nescaya aku dapat menggoncangkan dunia"

renung2kan dan selamat beramal!!:)

Rinduku terubat...

asalamualaikum w.b.t kpd pengungjung setia Kalam Cyber..dh lebih sebulan bertapa, akhirnya tuan punya blog bangkit semula utk megelap habuk2 dan karat2 yg dh lama menghias blog ni..hehe..ya, saya bangkit kembali utk menulis sesuatu dlm blog ni..kerna apa?kerana rindu ku utk menulis telah membuak2..dan rasa x puas jika apa yg terbuku tidak diluahkan dalam laman cyber ni:)
diharap, entry2 saya kali ini dpt memberikan sedikit manfaat kpd teman2 cyber smua..:)

Tuesday, June 2, 2009

apabila kemalasan menguasai diri..

assalamualaikum...kepada semua bloggers..lama rasanya sy x update blog ni..sbb apa?bersesuaian lah dgn topic yg saya tulis di atas tu..'apabila kemalasan melanda'..:)
sebenarnya banyak ja benda yg saya nak berkongsi dgn pembaca semua.terutamanya pengalaman2 baru ketika bekerja..btol la org kata, nak menulis ni kena ikut mood gak..bila xdak mood @ 'zuq' cmnila jadinya..hehe

bila mai perasaan malas ni, semua benda xjadi..sbb apa?kita hanya menurut kata hati ja..ikut kan nafsu ja..nak wat kerja pun tangguh2..wat last minit..ish2, truk kan..

kpd pembaca2, nantikan entry terbaru saya dlm masa terdekat ni..tgh mengumpul semula kerajinan.:)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger