Friday, April 3, 2009

Exam Oriented

Assalamualaikum..hari ni baru lepas 1 paper..EAP..alhamdulillah, tp x brapa nak cukup masa nak menjawabnya..mudah2han pemeriksa nnti paham la apa yg saya 'goreng' kan dlm essay tu nnti ye..:)

Point yg saya nak cakap dlm entry kali ni ialah bukan mengenai x cukup masa jwb exam tu..bnda tu mmg common..tp nak cerita pasal, sbenarnya kenapa sebenarnya kita kna study ni?
saya tertarik dengan satu mesej yg saya dapat tahun lepas msa dalam musim2 exam ni juga la..still simpan lagi, sbb menarik..mesej tu berbunyi cmni:
" In a survey it was asked, in how many days can a 1000pages book be read?
WRITER : 6 Months
DOCTOR : 2 Months
LAWYER : 1 Month
STUDENT : On the nite b4 exam

haa, menarik bukan??tapi itulah hakikatnya bagi segelintir student..esok nak exam, hah mlm b4 exam tu baru nak kalut cari note,baru nak baca buku..baru nak pulun ngapai semua...pastu bila baca x habis lagi, mula la gelabah, takut, x tidur malam, pakat pulun suruh kawan, mak ayah, abang kakak suruh doa kan boleh jawab esok..ish2, x patut kan??usaha x da, harap doa ja..mana nak dapat 'najah' nya..sy tidak menunding jari kpd sesiapa, tp itulah hakikatnya yg kadang2 terjadi kpd diriku ini..hehe:)

kenapa ye ramai student yg study bila nak exam ja??bila ada msa terluang, x pula kita nak buka buku baca.. x pulak kita nak sibuk2 ke library wat revision..tp bila mai musim exam ni, smua pulun..saya teringat masa hari rabu lepas.saya dan sahabat ke library utk memulangkan buku yg dipinjam..kami naik ke tingkat 3..masuk2 ja pintu gerbang, saya terkejut tengok, masyaAllah, ramainya..hampir penuh setiap meja di perpustakaan tu..semuanya sedang khusyuk study, wat discussion, wat revision..dan x kurang juga yang sembang2 kosong..saya b'bisik kpd shbt sy tu,"ish2 msti abg2 n kak2 library bangga tgk student2 UIA rajin baca buku..rajin wat revision..kalau rector tengok, msti beliau turut berbangga dgn prestasi yg ditunjukkan pelajar2 UIA ni.." ha, mesti pembaca semua pernah mengalami perkra yg sedemikian kan??makna kata di sini, klu time exam tu, jangan risau la, library msti x sunyi..jangan takut utk ke library sorang2 musim2 exam ni ye..:)

Apa punca sebenarnya kita belajar lebih kepada 'Exam Oriented' ye?adakah kerana sistem pembelajaran dan pengajaran negara yg harus dipersalahkan?? saya teringat ketika membaca sebuah akhbar minggu lalu, yang mana Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin berjanji untuk mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di negara kita ni yg banyak nya tertumpu kpd 'exam oriented' semata..hah, saya setuju!! memang sistem pengajian kita ini perlu dikaji semula...kenapa??disebabkan 'exam oriented' ni la, kita hanya belajar sekadar utk pass exam..sekadar utk mndpat dean list, atau pointer yg baik..tapi 'kenikmatan' ilmu yg sebenar itu tiada sebenarnya..kita tak mempraktikkan ilmu yg dipelajari itu dengan sebaiknya..sbb tu la timbulnya masalah study bila nak exam ja..bila lecturer tanya dalam kelas, x leh jawab..sbb banyak dari kita ni mengamalkan cara 'al-'ilmu fi kutub, laysa fi sudur'..:)

hah, mari sama2 kita renung2kan dan selamat beramal..All the best utk semua..semoga kita sama2 dipermudahkan olehNya utk menjawab peperiksaan pada kali ini..aim kita bkn hanya DEANLIST tp yg lebih penting ialah DEENLIST..wallahuu'alam:)
...5papers to go..:(

p/s: klu kita di bumi uia ni berperang menghadapi final exam, jangan lupa kepada masyarakat2 di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..mereka pn sama nak 'exam' pd 7 April nnti utk memilih pemimpin masa depan mereka..watla pilihan yg terbaik agar betul 'jawapan' nya utk masa depan..:)

4 comments:

Hasbi said...

itula bezanya passion dengan profession..hehe belajar kerana minat lain dengan belajar kerana kerjaya@exam..

mind set kena betul, kita belajar sebab nak memanfaat ilmu tu..bukan sebab nak lepas azab hujung sem tu..huhu

waallahu'alam

Anonymous said...

aku sja ja nk tuju lagu ni khas untuk hg...

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan?
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

tuan rumah said...

ya btol3x..mind setting perlu diubah..!!:)

tn rumah said...

klu nnti dh hbs bljaq dgq lagu tu,sure sedih..huhu:(..tp siapa gerangan tuan hmba yg menujukan lagu tu wat patik?hehe


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger