assalamualaikum....hmm akhirnya baru la berpeluang nk update blog yg dh agak usang ni..alhamdulillah dh seminggu sy menjalani praktikal di Pejabat Agama Daerah seberang perai tengah..ofis tmpt sy praktikal tu, x la jauh sgt..hnya mengambil masa dari 10-15 minit ja utk sampai..
hari pertama..apa yg berlaku ye?sy memulakan tugas pada hari pertama dengan menjaga di bahagian kaunter pendaftaran..apa tugasnya?hah yg menariknya, sy kena proses borang kawin..hehe..pengalaman baru ni..dari situlah saya dpt lihat bermacam2 ragam manusia di atas muka bumi ni..
begitulah rutin harian saya seharian..satu hari, sy diminta utk membuat statistik tentang kes penceraian sekitar daerah saya pd thn 09..apa yg saya dapati drpd statistik tersebut ialah kebanyakan daripada kes penceraian melibatkan mereka yg berumur dalam lingkungan 30-40 tahun..dan kebanyakan drpd kes2 itu melibatkan rumahtangga yg hanya mampu bertahan dlm lingkungan 5-10 tahun..nauzubulillah...inilah ragam manusia yg saya katakan sebentar tadi..
apabila merasa sendiri masuk ke alam pekerjaan ni, barulah saya sedar betapa bernilainya masa dan pengorbanan yg ibu bapa kita korbankan selama ni..knapa saya berkata demikian?satu pagi ketika dlm perjalanan ke tmpt kerja, sy terpaksa melalui jalan yg agak sesak..ya la, org semua kalut nak p kerja..apa yg menyentuh perasaan saya ialah, terdetik di hati saya, "owh macam ni la agaknya apa yg dilalui oleh kedua ibu bapa ku..kn bangun pagi2, terpaksa lalu jalan yg sesak plak, membahagi masa dengan nak urus anak2 sekolah lagi, nak bergegas ke tempat kerja lagi "..apa2pon sahabat2 sekalian, itulah nilai yg tak terbayar dek kita ats segala pengorbanan ibu bapa kita ni..mereka sanggup lakukan apa sahaja demi memastikan kita sntiasa dipelihara dengan sempurna..
knapa tiba2 sy bercerita bab ibu bapa plak ni?hah jawapannya sbb, berdasarkan observation saya selama 1minggu di ofis, sy melihat sendiri mereka yg dtg utk mendaftarkan kes2 penceraian mereka..terdetik juga di hati saya, mcam mana dgn anak2 mereka nnti?kdg2 msalah2 seperti ini ada kalanya memberi impak yg besar kpd didikan anak2 itu sendiri..
yg menarik lagi, saya diberi peluang utk bertemu dgn 1org Cina yg nak masuk Islam..alhamdulillah, Allah memberikan hidayah kpd uncle tersebut..nak dijadikan cerita, nama uncle tu, sama dengan Datuk Lim Chong Wei,pemain badminton negara..dan kebetulannya, uncle tersebut merupakan kwn kpd Datuk Lim itu sendiri..keciknya dunia ni kan..apa2pon saya doakan semoga uncle tadi istiqamah dlm menjalani kehidupan sbg saudara baru ni..semoga dia dapat merasai nikmat dan indahnya Islam ni..:)
oklah, ni la antara pengalaman menarik saya sepanjang 1minggu..kalu ada lg cerita2 menarik, akan saya update kan dlm blog ni..tima kasih kpd yg sudi membaca celoteh saya ni..wassalam:)
Sunday, May 10, 2009
Pengalaman baru dalam hidupku..
Posted by Nor Farahani Saad at 12:58 AM 2 comments
Saturday, May 2, 2009
Menempuh ke alam baru..
Assalamualaikum wat blogger2 semua..maaf sbb lama x update blog ni..pejam celik pejam celik, 4hb May ni dah mula semester baru bg shabat2 yg amik short sem..semester 3 thn ni mungkin merupakan sem yg agak berlainan bg saya..kalau sebelum ni, setiap kali sem3 saya pasti berada di bumi UIA, tp berlainan pula utk thn ni...knapa ya?
Kita sebagai manusia pasti tidak akan lari dari mencuba sesuatu yg baru..ataupun kita pasti x akan terlepas daripada menghadapi alam yg baru..kalau dulu ketika di sek rendah, kita sering membayangkan mcm mana la keadaannya bila masuk sekolah ke sek menengah...kita mungkin sering memikirkan cmna la keadaannya nak jumpa dgn kawan2 yg baru..cmna nak sesuaikan diri dgn persekitaran yg baru ni..sama juga bila dh habis sek menengah..kemudian ke alam menara gading..persoalan yg sama bermain di fikiran..
Itulah yg saya alami ketika ini..haa,alam apa yg saya maksudkan ini?jangan salah faham ye...saya akan masuk ke alam praktikal pekerjaan pada bulan may hingga july ni..alhamdulillah, berkat izinNya, saya dapat merasai pengalaman utk berkerja sebelum tamatnya alam pengajian nanti..bermacam2 perasaan bermain dalam minda saya..cmna nak sesuaikan diri?kerja apa yg kena wat nnti?cmna penerimaan staff2 lama di situ?dan macam2 lagi..
apa-apa pon, saya mengharapkan doa daripada sahabat2 utk kelancaran saya nnti InsyaAllah..sy mnghrapkan ianya akan mmberi satu pengalaman yg berharga dan bermanfaat buat saya utk masa depan kelak..wallahualam..:)
p/s: kpd shbt2 yg amik sem 3, all the best!!sy pasti akan merindui sahabat2 seperjuangan di sana..kita jumpa nanti!!:)
Posted by Nor Farahani Saad at 11:56 PM 1 comments
Friday, April 17, 2009
Nak tau pasal asas politik Malaysia??
Nak belajar pasal asas politik di Malaysia? nak tau cmna sejarah penubuhan perlembagaan di Malaysia? nak tau pasal sejarah asas parti2 politik di Malaysia? nak tau pasal election di Malaysia?haa, macam2 ada..jadi saya sarankan utk anda penggemar2 politik utk baca buku ni..buku ini adalah rangkuman pelbagai artikle dr pensyarah2 di Jabatan Sains Politik di UIAM..sgt menarik! sgt bermanfaat! sgt berkualiti!! buku ini juga dijadikan rujukan kpd plajar2 di UM utk belajar politik.. Buku ini boleh didapati di Darul Kutub UIAM dgn harga rm 35 sahaja. atau nak lebih ekslusif, anda boleh mendapatkannya di Kinokuniya Klcc dgn harga Rm 40..hehe..nak pnjm dgn saya pn boleh..:)
Labels: sekadar promosi
Posted by Nor Farahani Saad at 10:31 AM 1 comments
Nikmatnya Merdeka!!
Assalamualaikum..akhirnya sy berpeluang juga utk mengadap blog yg dah berhabuk ni..alhamdulillah, 6 paper dah berlalu..tp hati masih berdebar utk tunggu result keluar plak..28 april nnti adalah penentu..adakah berbaloi mempraktikkan 'exam oriented' sprti yg sy katakan tempoh hari?atau sebaliknya akan berlaku?wallahua'lam...doakan saja yg terbaik..semoga 'najah' semuanya..
dalam keriuhan menyambut 'merdeka'(istilah saya sndiri). rupanya masih ramai lagi sahabat2 saya masih berjuang dengan pena, dan nota2 mereka..mereka masih lg terpaksa 'menghadam' dan 'menguyah' nota2..kesian saya tgk..apa yg dpt saya katakan di sini, sabarlah sahabat2 ku sekalian..ketahuilah bahawasanya nikmatnya dah habis exam!!:)
alhamdulillah, saya telah diberi nikmat yg sangat mengujakan..selesai ja paper government finance pada 13hb yg lepas, sy berpeluang ke Seremban utk menemani sahabat saya menjalankan tanggungjawabnya..org ajak jalan2 free, sapa xmau kan..masa 3hari 2 mlm di seremban digunakan sebaiknya..saya berpeluang ke rumah 2 org shbt di seremban...dapat merasa masakan n9..ish2 nikmatnyaa...masih terbayang masak lemak cili padi d rumah YB..tp sayangnya, dek kerana gastrik yg menyerang scara tiba2, jd 'feel' mkn mask lemak cili padi tu tak begitu menusuk di kalbu..:(
hari seterusnya, sy dan sahabat2 berpeluang ke Jeram Toi..cantik sgt air terjun dkt situ..ruginya kami x membawa persalinan..klau x, confirm dh lama terjun..tp apa pn, barbeque sgt best..kenangan2..semua ni adalah antara kenangan2 terindah saya bersama sahabat2 yg x akan dilupakan sampai bila2..(tiba2 terasa sebak)..:(
Labels: saja syok-syok
Posted by Nor Farahani Saad at 9:17 AM 1 comments
Friday, April 10, 2009
1 paper to go..
assalamaualaikum kepada semua pembaca...terima kasih pada yg sntiasa mmbaca entry sy yg tidak seberapa ni..alhamdulillah dah selesai 5 paper dalam masa 1 minggu..fuh, bayangkan, dalam masa 1 minggu ni, saya menjadi 'ulama', 'political scientist', 'administrator', dan 'economist' . kenapa saya berkata demikian?
hah, sebab dalam masa seminggu ni saya belajar, menghafal, menjawab soalan yg berkaitan dengan Science of Hadith, Issues in Malaysian Politics, Public Personnel Administration, Politics in Malaysian Economy dan juga English for Academic Purposes..hah cukup lengkap semuanya dalam masa 1 minggu!!subjek yg saya belajar selama 4 bulan, boleh 'dihadam' dalam masa 1hari!..dasyhat2..itu la penangan 'exam oriented' seperti yg saya katakan dalam entry sebelum ni..:)
musim exam ni, macam2 ragam manusia yg saya dapat lihat..antaranya, ada yg sampai tak tidur malam..pastu ada yg sampai demam2 sebab terlalu menghadam nota2 yg dipelajari selama 4 bulan, dalam masa sehari..ada juga yg sampai tak lalu makan..ada pula yg sampai berulang2 kali ke tandas selagi belum exam..macam2 perkara 'menarik' yg kita dpt lihat..yang menarik lagi, bila dh smpai di dewan peperiksaan, ada lagi yg smpt belek2 nota, bincang2 dgn rakan..pastu bilamana topik yg dibincangkan tu tidak dibaca olehnya, hah mula la rasa gelabah..panik!!terus bermonolog didalam hati 'adoii, awat aku x baca pn tajuk yg depa bincang tu..jenuhlah nak jawab apa ni'..hah macam2 bukan?:)
walau apa pun ragam atau gelagat semasa exam ni, tp itulah kemanisan sebagai seorang yg bernama pelajar..inilah masanya kit anak menimba pengalaman, nak mencuba sesuatu yg baru, dan nak wat benda2 yg tak pernah wat sebelum ni..jadi apa pon,manfaatkanlah masa belajar kita ni dgn sebaik mungkin..janga salah gunakan nikmat yang Allah kurniakan ni ke jalan yang salah..
wallahu'alam...
-insyaAllah habis ja exam 13hb ni saya akan update entry terbaru-:)
Labels: entry suka-suka
Posted by Nor Farahani Saad at 2:13 PM 1 comments
Friday, April 3, 2009
Exam Oriented
Assalamualaikum..hari ni baru lepas 1 paper..EAP..alhamdulillah, tp x brapa nak cukup masa nak menjawabnya..mudah2han pemeriksa nnti paham la apa yg saya 'goreng' kan dlm essay tu nnti ye..:)
Point yg saya nak cakap dlm entry kali ni ialah bukan mengenai x cukup masa jwb exam tu..bnda tu mmg common..tp nak cerita pasal, sbenarnya kenapa sebenarnya kita kna study ni?
saya tertarik dengan satu mesej yg saya dapat tahun lepas msa dalam musim2 exam ni juga la..still simpan lagi, sbb menarik..mesej tu berbunyi cmni:
" In a survey it was asked, in how many days can a 1000pages book be read?
WRITER : 6 Months
DOCTOR : 2 Months
LAWYER : 1 Month
STUDENT : On the nite b4 exam
haa, menarik bukan??tapi itulah hakikatnya bagi segelintir student..esok nak exam, hah mlm b4 exam tu baru nak kalut cari note,baru nak baca buku..baru nak pulun ngapai semua...pastu bila baca x habis lagi, mula la gelabah, takut, x tidur malam, pakat pulun suruh kawan, mak ayah, abang kakak suruh doa kan boleh jawab esok..ish2, x patut kan??usaha x da, harap doa ja..mana nak dapat 'najah' nya..sy tidak menunding jari kpd sesiapa, tp itulah hakikatnya yg kadang2 terjadi kpd diriku ini..hehe:)
kenapa ye ramai student yg study bila nak exam ja??bila ada msa terluang, x pula kita nak buka buku baca.. x pulak kita nak sibuk2 ke library wat revision..tp bila mai musim exam ni, smua pulun..saya teringat masa hari rabu lepas.saya dan sahabat ke library utk memulangkan buku yg dipinjam..kami naik ke tingkat 3..masuk2 ja pintu gerbang, saya terkejut tengok, masyaAllah, ramainya..hampir penuh setiap meja di perpustakaan tu..semuanya sedang khusyuk study, wat discussion, wat revision..dan x kurang juga yang sembang2 kosong..saya b'bisik kpd shbt sy tu,"ish2 msti abg2 n kak2 library bangga tgk student2 UIA rajin baca buku..rajin wat revision..kalau rector tengok, msti beliau turut berbangga dgn prestasi yg ditunjukkan pelajar2 UIA ni.." ha, mesti pembaca semua pernah mengalami perkra yg sedemikian kan??makna kata di sini, klu time exam tu, jangan risau la, library msti x sunyi..jangan takut utk ke library sorang2 musim2 exam ni ye..:)
Apa punca sebenarnya kita belajar lebih kepada 'Exam Oriented' ye?adakah kerana sistem pembelajaran dan pengajaran negara yg harus dipersalahkan?? saya teringat ketika membaca sebuah akhbar minggu lalu, yang mana Menteri Pelajaran, Dato Seri Hishamuddin berjanji untuk mengkaji semula sistem pembelajaran dan pengajaran di negara kita ni yg banyak nya tertumpu kpd 'exam oriented' semata..hah, saya setuju!! memang sistem pengajian kita ini perlu dikaji semula...kenapa??disebabkan 'exam oriented' ni la, kita hanya belajar sekadar utk pass exam..sekadar utk mndpat dean list, atau pointer yg baik..tapi 'kenikmatan' ilmu yg sebenar itu tiada sebenarnya..kita tak mempraktikkan ilmu yg dipelajari itu dengan sebaiknya..sbb tu la timbulnya masalah study bila nak exam ja..bila lecturer tanya dalam kelas, x leh jawab..sbb banyak dari kita ni mengamalkan cara 'al-'ilmu fi kutub, laysa fi sudur'..:)
hah, mari sama2 kita renung2kan dan selamat beramal..All the best utk semua..semoga kita sama2 dipermudahkan olehNya utk menjawab peperiksaan pada kali ini..aim kita bkn hanya DEANLIST tp yg lebih penting ialah DEENLIST..wallahuu'alam:)
...5papers to go..:(
p/s: klu kita di bumi uia ni berperang menghadapi final exam, jangan lupa kepada masyarakat2 di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai..mereka pn sama nak 'exam' pd 7 April nnti utk memilih pemimpin masa depan mereka..watla pilihan yg terbaik agar betul 'jawapan' nya utk masa depan..:)
Posted by Nor Farahani Saad at 1:30 PM 4 comments
Saturday, March 28, 2009
Exam dah dekat...
Posted by Nor Farahani Saad at 11:33 PM 2 comments
