Saturday, February 21, 2009

Forum Intelektual



Rabu, 18 Februari, Gombak : Selepas mendapat kelulusan dari Hal Ehwal Pelajar UIAM, Ma'ruf Club UIAM akan menganjurkan satu forum intelektual mengenai senario semasa politik Malaysia pada saat ini. Antara panelis yang dibabitkan adalah tiga tokoh politik dari parti pemerintah dan pembangkang di negeri Selangor serta seorang pakar undang-undang dari UIAM. Saudara Faridzul Nasarudin, Presiden Ma'ruf Club UIAM menyatakan bahawa menjadi hasrat awal di peringkat Ma'ruf Club untuk mempertemukan YB Nizar Jamaludin dan YB Dr Zambry yang kini menjadi icon utama pergolakan politik di Perak, namun hampir pasti usaha kami ke arah itu agak mustahil berikutan ketegangan yang belum mereda antara kedua-dua belah parti pemerintah dan pembangkang tersebut. Berikut adalah maklumat lanjut program. Kesemua mahasiswa,aktivis kampus, dan masyarakat luar dijemput hadir :


Nama Program : Intellectual Dialogue Towards Upholding Ummatic Aspiration : Implication of Current Phenomenon Towards The Future of Malaysia
Tarikh : 24 Februari 2009 (Selasa)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Main Auditorium, UIAM

Isu-isu yang akan dibincangkan:
1. Isu Perak dari kacamata perundangan dan perlembagaan
2. Isu moral dan integriti ahli politik di Selangor
3. Kestabilan sosial yang diketepikan
4. Keparahan ekonomi negara pada saat ini
5. Peranan mahasiswa Islam dalam memperjuang nasib ummah pada saat ini


*Semua Dijemput hadir terutama golongan mahasiswa kerana isu ini berkait rapat tentang masa depan mahasiswa sendiri yang mana kita adalah generasi yang akan menentukan masa depan negara.AYUH!!bersama kita memeriahkan forum ni.tolong sebarkan kepada sahabat-sahabat terdekat.

~article taken from www.marufclub.blogspot.com

Thursday, February 19, 2009

kenapa harus memilih??

Dalam hidup ni, boleh dikatakan setiap perkara memerlukan kita utk memilih..memilih utk apa?ada yg kata utk mendapatkan kepuasan sndiri, utk mndapatkan yg terbaik, utk mendapatkan apa yg kita nak, dapat apa yg diidamkan dan sebagainya...

Kalau dilihat dlm economic term, pilihan dikenali sbg 'opportunity cost', where there are scarce resources, with unlimited wants...meaning that, we have the very limited sources, but we have to make a choice in order to satifsy our needs and satisfaction..sbg contohnya, nak memilih utk makan apa? hah sebut bab mkn, smua org suka..1 hari perut lapar sgt2..depan mata ni ada la byk kedai mkn..antaranya, KFC, Pizza Hut, Burger King,(hbt2 belaka ni), Nz Curry House(femes mamak stall), gerai tepi jalan, n byk la..klu boleh smua kita nak p..nak bolot ke semuanya..tp duit ada ke??duit pn cukup2 byr yuran ja..tu nak pk beli buku lg la...baju lg la..nak isi minyak moto lg..hmmm,byk benda kn pk ni..so pilihan mesti dibuat!!!mkn ja la dkt gerai tepi jalan tu..sedap kot..hati pun berdetik..ye la,nnti duit bulan ni x cukup lak..mcm2 lg nak guna..kn fikirkan advantage n benefit nya jugak..even sometimes we have to leave the things that we want..hah, the things that we left behind is known as the oppurtunity cost..or in malay we called kos lepas..(betul ke ni?dh lama tggl econs):)

Berbalik kpd pilihan yg harus kita wat dlm hidup, kdg2 kita buntu memikirkan keputusan yg terbaik utk kt wat..kdg2 dalam satu masa, mcm2 perkara yg datang menimpa..mcm2 benda yg harus kita fikir..mslh study la,assingment yg berlambak2, fmly, kwn2,prob diri sndiri, mslh hati, dan mcm2 lagi la..stiap perkara yg disebutkan tu, kdg2 memerlukan kita utk membuat pilihan..so mgkn aplikasi 'kos lepas' tu blh diguna pakai di sini..

org selalu kata, watla pilihan yg terbaik..dlm apa jua keadaan sekalipun..tp kdg2 kita yakin ka, bahawa pilihan yg kita wat tu memang dh terbaik??adakah kita wat pilihan tu berdasarkan nafsu atau keinginan semata2 @ juga berlandaskan petunjuk dan ilham daripada Allah s.w.t
Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 216

"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu..Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui..."
kdg2, bila pilihan dah dibuat, kita rs menyesal..kita rs 'ish x patut aku wat pilihan cmtu'..kdg2 juga kita optimis, "hmm mgkn btol pilihan aku ni, mgkn hikmahnya x nmpk skrg, mgkn masa akan dtg"...
walau apa pon pilihan dan keputusan yg kita dh wat kwn2, yakinlah dgn-NYA..kalau kita melazimi istiqarah sbg cara utk kita wat keputusan, itu adalah yg terbaik..wallahua'lam:)
p/s: teringat satu chorus lagu melayu lama, suratan @ kebetulan...
"walau kita dihadapkan dgn pelbagai pilihan, mengapa sering terjadi, pilihan tak menepati....hingga amat menakutkan,menghadapi masa depan, seolah tlh terhapus sebuah kehidupan yg kudus.."

Wednesday, February 18, 2009

takziah sahabat.....

assalamualaikum....lamanya x update blog ni..kalau la blog ni wujud di alam nyata, msti dh hbs berhabuk dan dihinggap sarang labah2 kn..hehe..actually, kesibukan exam dan kerja2 luaran menyebabkan keterbatasan masa utk menulis dlm blog ni..tp mgkn tu cuma alasan ja..padahal kemalasan yg membelenggu dan merenggut jiwa ni sebenarnya...:)

berbalik kepada topic di atas, ucapan takziah itu saya tujukan khusus wat sahabat saya, 'mohd aizad bin yahya', HS student, yg tlh kehilangan ayahanda tercinta pada hari jumaat, 13 feb yg lalu..rentetan kemalangan di antara sebuah motosikal(dibonceng oleh arwah)dan sbuah kereta di kawasan felda pancing utara, akhirnya meragut nyawa ayahanda sahabat sy, arwah pakcik yahya..berikutan kemalangan itu, arwah telah ditempatkan di ICU di hospital ampuan afzan, pahang..doktor mengesyaki ada darah beku dalam otk mangsa.

berita kemalangan ayahnya telah dimaklumkan kpd rata2 shbt2 kami di HS..dan rentetan itu juga, pihak SHAS Mosque telah mengadakan satu solat hajat ketika solat jumaat yg lepas bg mendoakan kesihatan arwah yg pada ketika itu masih berada di wad ICU..namun, Allah lebih menyanyangi arwah..lebih kurang jam 10.30mlm, arwah telah pergi menghembuskan nafasnya yg terakhir di hsopital tersebut...arwah meninggalkan 1 org balu, dan 5 org anak yg masih menigkat dewasa dan baru ingin mengenal erti kehidupan..

aizad, sahabat saya dan juga rakan sekelas n rakan sekerja sejak dari matrik lg, merupakan anak sulong kpd arwah..setelah mendapat berita tntg kematian ayahnya, terus terlintas di fikiran saya, 'Ya Allah,kesiannya dgn aizad..besarnya tanggungjawab dia nnti'...lantas saya terus menelefon beberapa rakan karib di HS sndiri untuk memaklumkan berita ini..kami bersepakat utk ke Kuantan pd keesokan harinya untuk menziarahi jenazah dan juga memberi semangat kepada aizad sndiri..

alhamdulillah, perjalanan kami ke kuantan dipermudahkan oleh Allah.. dengan menaiki 2 buah kereta,(1st time drive sndiri jauh2).:).. kami selamat tiba di sana lebih kurang pukul 11pg..sekali lg, Allah permudahkan urusan kami apabila sejurus tiba di kampung aizad, kami nampak van yg membawa jenazah ayahnya, n kami pn terus follow van tersebut sampai ke tanah perkuburan..setibanya di sana, kami mencari2 kelibat aizad dan juga yuli(kwn baik kami juga) di sekitar kawsn perkuburan..tp mereka blum lg tiba..beberapa minit kemudian, mereka tiba..dari jauh, sy dpt melihat wajah sugul aizad dan adik2 nya..tidak dilupakan juga, wajah sugul ibunya yg pasrah dengan ketentuan Ilahi ini..ternyata, kehadiran kami, menaikkan lagi semangat aizad utk terus kuat dlm hidupnya..

apa yg menyentuh perasaan saya ialah, apabila mendengar talkin yg dibaca oleh imam kg tersebut..slah satu ayatnya yg begitu terkesan dihati sy ialah ' selamat tinggal wahai saudaraku..kembalilah engkau kepada penciptamu'...perasaan sebak tiba2 datang menjengah dan dicampur juga dengan perasaan gerun apabila ingatkan tntg detik kematian..bacaan talkin itu sebenarnya secara tidak langsung mengingatkan kita tentang kematian..tentang azab siksaan kubur...tentang alam barzakh, etc..

'kullu nafsi za iqatul maut'


setiap manusia akan bertemu dngn mati..setiap daripada kita akan menemui mati..cumanya kita belum tau bila kita akan mati?.bagaimana kita akan mati?di mana kita akan mati?..disebabkan itu, kita disuruh untuk sntiasa berdoa agar dimatikan dalam keadaan 'husnul qatimah' bukannya 'suul qatimah'..nauzubillah..mati itu tidak mengira usia, jantina, pangkat, harta, jawatan, kaum dan sebagainya..jika memang Allah telah tetapkan bahawa hari itu kita akan mati, maka matilah kita..

jadi, apa perlu kita wat??persiapkan lah senjata kita..persiapkan lah diri kita untuk menemui mati..apa yg perlu??selagi mana mampu, ayuh kita sama2 berlumba2 dlm melakukan kebaikan( fastabiqu khairat)..lipat gandakan amalan kita padaNya..nescaya Allah sentiasa bersama hamba2nya yg soleh..

pesanan saya kepada aizad, tabahkan hati..kuatkan semangat..teruskan kehidupan sebaik mungkin...'innallaha ma'as sobirin'..al-fatihah

p/s: sekalung tahniah diucapkan kepada penganjur kempen dan program 'zikrul maut' di bumi UIA mnggu ni..diharap program ilmiah seumpama ini dapat mmberi kesedaran kpd Massa Uia umumnya, dan diri sendiri khasnya..:)

Monday, January 26, 2009

Tahniah YB2 UIAM 08/09

assalamualaikum w.b.t...
22 Januari 2009, telah melakarkan satu lagi sejarah buat mahasiswa UIAM apabila wat kali ke-10 nya, barisan Pro-Mahasiswa kembali lagi mewarnai dan mewarisi barisan kabinet MPP UIAM. saya turut berada di dalam dewan (experimental hall) ketika keputusan diumumkan oleh Dato Hamidon..berdebar2 perasaan saya kali ni..rs macam nak terkeluar jantung..debaran sgt terasa mungkin kerana, kwan baik saya sendiri yg masuk bertanding kali ini.

daripada 16 kerusi yg dipertandingkan di Gombak, Pro-mahasiswa berjaya membolot 9 kerusi..4 kerusi pula dibarisi oleh calon pelajar2 antarabangsa. 1org calon daripada PKPIM,10rg daripada pro-aspirasi,dan 10rg lagi merupakan calon bebas.

daripada pengamatan saya, saya merasakan piliharaya kali ini agak hambar..ini kerana peratusan pelajar yang mengundi adalah kurang berbanding tahun lepas..pelajar2 juga kurang tahu bahawa hari ini adalah hari untuk mengundi..perang2 poster juga tidak kelihatan di kulliyyah2..Hal ini mungkin kerana, ramai dikalangan pelajar yg telah pulang ke kampung, atau mungkin kerana pelajar2 UIAM sudah kurang berminat utk ambil tahu tntg 'politik kampus'??di manakah salah dan silapnya??

alhamdulillah, walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan lancar..tiada peristiwa2 seperti tragedi berdarah sepertimana tahun lalu. pilihanraya kali ini boleh dikatakan berjalan dalam keadaan yg lancar tanpa sebarang masalah yg timbul.

jadi, pesanan saya kepada YB2 baru, jalankanlah tugas dengan sebaiknya..amanah yg dipikul bukanlah utk mengejar 'glamour' semata2..bukan juga hanya utk mengejar 'sijil MPP' semata2..tetapi ketahuilah hakikatnya bahawa amanah dan tanggungjawab ini perlu dilaksanakan dengan sebaiknya..walau pihak mana pun yg menang, anda adalah pemimpin yg dipilih oleh pelajar UIAM di kuliyyah masing2..dan pelajar2 UIAM memberi kepercayaan sepenuhnya kepada anda bagi memperjuangkan kebajikan mereka di bumi UIA..harapan saya kepada YB2 baru, 'be strong!, be positive!' tabahkan hati, kuatkan kesabaran, pasti ada kemanisan menanti dihadapan anda..ma'annajah 'alaikum..all the best!!mabruk!!!ingatlah YB bukanlah Yang Berhormat, tetapi seorang Yang Berkhidmat!!:)

dibawah disertakan keputusan penuh pilihanraya kampus UIAM 08/09

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES
MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES

AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS
AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)
MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590KULLIYYAH OF

ENGINEERING
NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MUHAMMAD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN
MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)

Pro-Mahasiswa Ungguli PRK UIAM

SEBAHAGIAN MPP bersorak gembira setelah diumumkan sebagai pemenang PRK UIAM sesi 2008/2009 semalam.

GOMBAK - Barisan Pro-Mahasiswa berjaya mengungguli pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi sesi 2008/2009 apabila menguasai 17 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan semalam.
Pada pemilihan itu, barisan Pro-Aspirasi hanya berjaya memenangi satu kerusi manakala calon bebas menenangi sembilan kerusi.
Sementara itu, pembuangan undi untuk dua kerusi lagi iaitu bagi Kulliyah Sains Bersekutu di Kampus Kuantan ditangguhkan pada 29 Januari ini ekoran mendapat bantahan daripada Pro-Mahasiswa.
Jurucakap Pro-Mahasiswa, Ahmad Nor Muslim berkata, keputusan semalam mengekalkan rekod bersih Pro-Mahasiswa memenangi jumlah kerusi majoriti dalam barisan MPP UIAM sejak 10 tahun lalu.
"Kami akan terus mengambil pendekatan rasional iaitu bertoleransi dan bersifat kritikal untuk terus bersama-sama memajukan UIAM,'' katanya ketika ditemui pada sesi pengumuman keputusan pilihan raya kampus UIAM yang disempurnakan oleh Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UIAM, Datuk Hamidon Abdul Hamid semalam.
berita dipetik daripada akhbar kosmo bertarikh : 23 Januari 2009

Saturday, January 17, 2009

SRC GENERAL ELECTION 08/09


Akhirnya masa yg ditunggu2 bakal menjelang tiba..jika negara sedang sibuk dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi berlainan keadaannya di kampus. rata2 kampus di sekitar lembah klang telah,sedang dan akan menghadapi pilihanraya kampus bg memilih barisan majlis perwakilan pelajar mereka yg baru.

Bagaimanakah keadaannya dgn UIA? keadaan di UIA agak mengejutkan pada mulanya apabila pada peringkat awalnya, notis dikeluarkan menyatakan bahawa hari penamaan calon(nomination day) jatuh pada 12 Januari 2009..dan hari mengundi ialah pada 16 Januari 09...dan borang penamaan calon boleh didapatkan pada keesokan harinya..tetapi,apa yg memeranjatkan calon2 ialah apabila tiba-tiba keluarnya arahan bahawa notis yg dikelurkan semalam telah dibatalkan..maka,calon2 terpaksa menunggu notis baru bagi mengetahui bilakah sebenarnya tarikh pilihanraya kampus UIA...hasil siasatan yg didapati oleh wakil mantan SRC, arahan itu dilakukan kerana tarikh yg dikeluarkan tidak selari dengan tarikh yg tlh ditetapkan oleh BOSSA(majlis yg diwakili oleh dekan2).BOSSA telah menetapkan bahawa tarikh pilihanraya bg UIAM ialah pada 19 Januari 09.

Notis baru telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa tarikh pilihanraya ialah pada 19 Januari 2009, dan tarikh penamaan calon ialah 16 Januari 2009 iaitu pd hari jumaat..dan ini bermakna tempoh utk berkempen hanya dihadkan selama 2hari setengah..hmm mcm mana tu??banyak rungutan yg diterima.."mcm mana nak kempen.?dah la hari cuti,mana ada student..sapa nak dengar kita kempen"..itulah antara rungutan2 yg saya dengar dari pelbagai pihak..

"Manusia merancang,Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik2 perancang"..rentetan kejadian tumpahan minyak kelapa sawit ke dalam sungai yang menyebabkan ketiadaan air di bumi UIA,maka tarikh pilihanraya juga terpaksa ditukar..Hal ini demikian kerana, pihak universiti memberikan cuti selama 3 hari kepada pelajar2nya ekoran ketiadaan air bermula hari jumaat-ahad..berikutan kejadian tersebut, tarikh baru bagi pilihanraya kampus di bumi UIA ialah pada 22 Januari 09, dan hari penamaan calon ialah pada 19 Januari 09,bersamaan hari isnin..dan ini bermakna tempoh berkempen ditetapkan selama 2hari..hal ini telah melegakan banyak pihak, baik dari segi jentera pilihanraya, calon2, penyokong, dan mungkin pengundi sendiri...

Apakah sebenarnya percaturan untuk pilihanraya kali ini?siapkah yg akan memegang tampuk pimpinan SRC UIAM pada sesi ini?bagaimanakah strategi kempen yg bakal dilaksanakan oleh jentera2 kempen?siapakah calon2 yg bakal bertanding mewakili suara mahasiswa di kuliyyah masing2?pastinya, ada pelajar2 UIAM yg mempunyai 'political concern' tertanya2 akan hal ini..apa2pon yg bakal terjadi,saya ingin mengucapkan all d best utk semuanya..dan kpd bakal YB2 yg bakal mewarisi takhta SRC 08/09 agar menjalankan tugas dgn sebaiknya..jgnlah menggangap bahawa tugas SRC ini hanya utk mengejar 'glamour'..seandainya glamour yg anda kejar dan inginkan, maka pastinya anda akan lebih glamour dikalangan pelajar dgn hanya duduk berdiam diri tnpa melakukan sebarang pekerjaan..sama2 kita nantikan apa yg bakal berlaku pada 22 JANUARI 09..

Saturday, January 10, 2009

3000 Mahasiswa berdemontrasi membantah kekejaman Zionis!!!

Srikandi2 harakah islamiyyah:)

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!




lagi berita di:http://www.gamisdaily.com


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger