Saturday, January 17, 2009

SRC GENERAL ELECTION 08/09


Akhirnya masa yg ditunggu2 bakal menjelang tiba..jika negara sedang sibuk dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi berlainan keadaannya di kampus. rata2 kampus di sekitar lembah klang telah,sedang dan akan menghadapi pilihanraya kampus bg memilih barisan majlis perwakilan pelajar mereka yg baru.

Bagaimanakah keadaannya dgn UIA? keadaan di UIA agak mengejutkan pada mulanya apabila pada peringkat awalnya, notis dikeluarkan menyatakan bahawa hari penamaan calon(nomination day) jatuh pada 12 Januari 2009..dan hari mengundi ialah pada 16 Januari 09...dan borang penamaan calon boleh didapatkan pada keesokan harinya..tetapi,apa yg memeranjatkan calon2 ialah apabila tiba-tiba keluarnya arahan bahawa notis yg dikelurkan semalam telah dibatalkan..maka,calon2 terpaksa menunggu notis baru bagi mengetahui bilakah sebenarnya tarikh pilihanraya kampus UIA...hasil siasatan yg didapati oleh wakil mantan SRC, arahan itu dilakukan kerana tarikh yg dikeluarkan tidak selari dengan tarikh yg tlh ditetapkan oleh BOSSA(majlis yg diwakili oleh dekan2).BOSSA telah menetapkan bahawa tarikh pilihanraya bg UIAM ialah pada 19 Januari 09.

Notis baru telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa tarikh pilihanraya ialah pada 19 Januari 2009, dan tarikh penamaan calon ialah 16 Januari 2009 iaitu pd hari jumaat..dan ini bermakna tempoh utk berkempen hanya dihadkan selama 2hari setengah..hmm mcm mana tu??banyak rungutan yg diterima.."mcm mana nak kempen.?dah la hari cuti,mana ada student..sapa nak dengar kita kempen"..itulah antara rungutan2 yg saya dengar dari pelbagai pihak..

"Manusia merancang,Allah juga merancang. dan Allah adalah sebaik2 perancang"..rentetan kejadian tumpahan minyak kelapa sawit ke dalam sungai yang menyebabkan ketiadaan air di bumi UIA,maka tarikh pilihanraya juga terpaksa ditukar..Hal ini demikian kerana, pihak universiti memberikan cuti selama 3 hari kepada pelajar2nya ekoran ketiadaan air bermula hari jumaat-ahad..berikutan kejadian tersebut, tarikh baru bagi pilihanraya kampus di bumi UIA ialah pada 22 Januari 09, dan hari penamaan calon ialah pada 19 Januari 09,bersamaan hari isnin..dan ini bermakna tempoh berkempen ditetapkan selama 2hari..hal ini telah melegakan banyak pihak, baik dari segi jentera pilihanraya, calon2, penyokong, dan mungkin pengundi sendiri...

Apakah sebenarnya percaturan untuk pilihanraya kali ini?siapkah yg akan memegang tampuk pimpinan SRC UIAM pada sesi ini?bagaimanakah strategi kempen yg bakal dilaksanakan oleh jentera2 kempen?siapakah calon2 yg bakal bertanding mewakili suara mahasiswa di kuliyyah masing2?pastinya, ada pelajar2 UIAM yg mempunyai 'political concern' tertanya2 akan hal ini..apa2pon yg bakal terjadi,saya ingin mengucapkan all d best utk semuanya..dan kpd bakal YB2 yg bakal mewarisi takhta SRC 08/09 agar menjalankan tugas dgn sebaiknya..jgnlah menggangap bahawa tugas SRC ini hanya utk mengejar 'glamour'..seandainya glamour yg anda kejar dan inginkan, maka pastinya anda akan lebih glamour dikalangan pelajar dgn hanya duduk berdiam diri tnpa melakukan sebarang pekerjaan..sama2 kita nantikan apa yg bakal berlaku pada 22 JANUARI 09..

Saturday, January 10, 2009

3000 Mahasiswa berdemontrasi membantah kekejaman Zionis!!!

Srikandi2 harakah islamiyyah:)

Jumaat, 9 Januari, Kuala Lumpur : Hampir 3,000 mahasiswa Islam berjaya dikumpulkan oleh Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia untuk berhimpun di depan kedutaan Mesir bagi menyuarakan bantahan dan kutukan di atas tindakan Mesir menutup sempadannya dari menerima kemasukan pelarian Gaza yang terpaksa menyelamatkan diri dari serangan 14 hari bertubi-tubi Israel laknatullah. Rejim Husni Mubarak bukan sekadar bersekongkol dengan Israel membunuh kanak-kanak dan wanita Palestin, malah menangkap dan membantai rakyatnya sendiri yang terlibat di dalam demo mempamerkan solidariti bersama rakyat Gaza. Mubarak yang sangat degil dan bongkak tidak mahu membuka pintu sempadan Gaza-Mesir di Refah. Ini mengakibatkan bantuan kemanusiaan dunia tidak akan dapat dibawa masuk. Maknanya makanan akan kehabisan, hospital akan kehabisan bekalan ubatan, rakyat Gaza akan mati secara beramai-ramai!!!




lagi berita di:http://www.gamisdaily.com

Sunday, January 4, 2009

tagged...!

asyik kn tagged ja,tp x nah jawb.kali ni trasa nak jwb dh:)

1.What have you been doing recently?
celebrate besday bestfren
2.Do you ever turn your cell phone off?
jarang la..slalu ms dlm exam hall ja
3.What happened at 10am today?
basuh baju..
4.When did you last cry?
lama dh rsnya x teriak..last ms parents g umrah bln 5 thn lepas kot
5.Believe in fate/destiny?
percaya..
6.What do you want in your life now?
success,happiness,good career,happy family,care about others..byk laa..x terkira
7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
payung pn x dak..pnh beli 1kali,pastu hilang, x beli dh..redah ja hujan tu..hujan tu rahmat:)
8.What’s your favourite thing to do on the bed?
sleep of course..kdg pkiaq kerja2 yg x pnh stop
9.What is ur favourite clothes?
pakaian yg simple n menutup aurat n sesuai dgn tmpt
10.What’s the nicest things in your inbox?
msg dr my mum,wish good luck utk exam n msg form my best friend
11.Do you tend to make the relationship complicated?
x sgt..simpe ja
12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
x suka,takut rosak.
13.What was the last movie you caught?
xdak..x smpt tgk movie
14.What are you proud of?
i have a happy family n i have friends who always support me in everytihng i do
15.What does the oldest text msg in your inbox say?
msg muhasabah
16.What was the last song you sang out loud?
xdak pn..dgr org nyanyi ja
17.Do you have any nicknames?
no
18.what was the newest text say?
kwn ajk makan..jom
19.What time did you go to bed last night?
1.00am
20.Are you currently happy?
so far so good. tp xla sgt..pikiaq mcm2 bnda
21.Who gives you the best advise?
my mum n family n me myself
22.Do you eat whipped cream straight from the can?
no
23.Who did you talk on the phone last night?
my bro..tya pasal practical
24.Is something bugging you now?
xda plak
25.Who was the last person to make you laugh?
baya ngn noni..sbb br lunch dgn depa td..ada ja bnda yg nak tergelak
26 .I want to tag them: xmau la..kesiann:)

Tuesday, December 30, 2008

Banner di sabotaj!!






What wrong have we done??
Posted by Ma'ruf Club Monday, December 29, 2008 at 5:39 PM
On the 25th of December, Ma'ruf Club had put up banners around IIUM, welcoming new students to this garden of knowledge and virtue.Unfortunately, only two days later,the banners were sabotaged by an anonymous person who irresponsibly splashed them with red paint. What wrong have Ma'ruf Club done to make us deserve to be treated like this?Nevertheless, Ma'ruf Club thanks this unknown person for doing this to us. In a way it shows that they are concerned with our activities. However, as Muslims, they are not supposed to do such things to other fellow Muslims. Sabotaging others ideas (in this case, da'wah through banner) is not a Muslim's way of correcting other Muslims (however in this case, we do not see any wrong with what Ma'ruf Club had done).Ma'ruf Club welcomes any ideas, suggestions or even critics in order to improve our club. Nevertheless, we thank all of you for your heartfelt support towards Ma'ruf Club. May this new year 1430H brings us all the blessings and barakah from Allah. Allahumma amin.~ Let's Discover the Beauty of Islam ~
-Article taken from marufclub.blogspot.com-
Comment saya dlm dialek utara: simpati kpd pengecat2 banner ma'ruf club yg tlh bertungkus lumus mengecat banner depa..kepada pihak2 yg telah 'mencantikkan' lagi banner ma'ruf tu, tlglah pikiaq balik,igt senang ka nak cat 1 banner pn.???nak design la,nak colour la,nak berus lg..pnglaman smsa mngecat banner src dh cukup membuktinya..bawak2 la insaf kpd sesiapa yg melakukan kerja2 'mencantikkan' banner org lain tu..dh masuk thn baru pn..biaq la ma'ruf club nak ucp selamat dtg dkt adik2 baru pn..yg hampa jeles pasai pa???

Detik Permulaan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tahun baru menjelma lagi..semakin hari umur semakin meningkat..namun,apakah sumbangan dan pengorbanan kita ni setimpal dgn nikmat dan kurniaanNya terhadap kita ni??? sama2 kita renungkan..:)..semoga tahun 1430H ni menjanjikan sesuatu yg berharga wat kita sbg hambaNya dan mudah2han ada sekelumit azam baru dlm diri kita utk 'mengHIJRAHkan' diri daripada yg baik kepada yg lebih baik supaya menjadi yg TERBAIK!!

Monday, December 22, 2008

PENANG dan I-DANCE

GEORGETOWN (21 DIS): Setelah mendapat bantahan daripada Dewan PemudaPas Pulau Pinang, program tarian jalanan atau iDance tetap berlangsungsemalam. Lokasi pertama Kempen iDance bermula di New World Park,George Town. Sebelum ini, kempen tersebut turut mendapat bantahan dandesakan daripada UMNO Pulau Pinang dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Kempen iDance anjuran DANZITY Dance House dengan kerjasama Exco Beliadan Sukan Negeri Pulau Pinang ini pada dasarnya bertujuanmemperkenalkan tarian jalanan sebagai alternatif dalam menanganimasalah gejala sosial seperti melepak, pengambilan alkohol dan dadah,rempit serta sebagai mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yangmenyihatkan. Aktiviti ini juga dijalankan di tempat awam denganpantauan daripada pihak-pihak yang bertanggungjawab. Sebelum ini, Pemuda Pas Pulau Pinang telah mengadakan himpunan bagimembantah kempen tersebut. Desakan bantahan tersebut dibuat denganmempersoalkan sejauh mana kempen tersebut dapat mengatasimasalah-masalah di atas. Aktiviti-aktiviti seumpama ini dilihatmenjadi punca meningkatnya gejala sosial di kalangan remaja. MalahDewan Pemuda turut mempersoalkan konsep Amar Ma'ruf Nahi Munkar yangdiperkenalkan oleh Menteri Besar Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Setelah perbincangan yang melibatkan pihak penganjur dan wakilpesuruhjaya Pas Negeri diadakan, Pas meminta supaya aktiviti yangmencampurkan lelaki dan perempuan itu tidak melibatkan remaja melayudan islam. Pas juga menasihatkan penganjur supaya mengasingkan jugalelaki dan perempuan bukan muslim.
Penulis yang mewakili Penang Muslim Student Association atau PISAsempat menyaksikan program iDance yang berlangsung semalam di NewWorld Park. Kira-kira 200 hingga 300 penonton menghadiri programtersebut. Daripada 13 kumpulan tarian yang mengambil bahagian, hanyasatu kumpulan sahaja merupakan peserta muslim. Program tersebutberjalan dengan lancar dan dipantau oleh beberapa orang daripada pihakpolis dan Rela. Pada pandangan penulis, program seumpama ini jika mendapat pemantauanyang sepatutnya serta dikawal segala aktiviti-aktivitiny a, tidaklahakan mendatangkan kesan yang negatif kecuali pada beberapa perkaraseperti percampuran bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang menjolokmata di kalangan peserta dan penonton, serta aktiviti-aktiviti negatifyang berlaku selepas tamat program. Desakan untuk menghentikan programtersebut dilihat tidak releven dalam masyarakat yang pelbagai di PulauPinang, namun cadangan serta desakan untuk tidak melibatkan remajamuslim perlu dipertimbangkan dengan syarat pihak terbabit menyediakanprogram-program alteratif yang dapat menyelesaikan masalah-masalahsosial dan pada masa yang sama tidak mengabaikan kehendak-kehendakremaja.
Penulis berharap agar kerjasama yang lebih erat dapat diadakan antaraPas dengan kerajaan negeri supaya setiap program yang dianjurkan olehkerajaan negeri serta mana-mana pihak mengambil kira juga sensitivitiumat islam serta penganut-penganut agama lain, dalam erti kata yanglain, menjadi `check and balance' dalam setiap tindak tanduk supayakeharmonian dapat terus dikekalkan. untuk keterangan lanjut tentang idance, sila ke laman web rasmi :-http://www.idance2008.blogspot.com/

p/s: coretan ini diambil drpd hasil nukilan timbalan presiden PISA( Penang Muslim Student Association)..

peperangan dah bermula!!

Semester 2,2008/2009 dh mula membuka tirai..dan tahun ni juga merupakan tahun akhir ku utk berada di bumi uia, insyaAllah.."dh masuk thn akhir"??" x caya nya"..itu la topik yg saya sering borak2 dgn sahabat2 sekelas dan disekeliling.mcm tak percaya ja..tp itulah hakikatnya kehidupan..setiap yg bermula,pasti akan berakhir..

Bumi uia merupakan bumi yg mmg ku idamkan sjk dr sekolah lg..title 'islamic university' tu sndiri, dh membayangkan betapa seronoknya biaah di uia ni..itu yg aku sangkakan ms zmn muda2 dulu..tp bila dh masuk btol2 dlm kondisi ini, blhlah dikatakan tekaan ku itu ada juga yg mengena..:).byk yg ku pelajari di bumi iium ni..mgkn skrg blm tiba masanya utk di ceritakan..tunggula bila tiba masa dh nak grad, insyaAllah sy akan berkongsi dgn pembaca2 semua..:)

Apa yg menarik ingin sy kongsikan di sini ialah, sem ini juga merupakan sem di mana akan tertubuhnya barisan kabinet pimpinan mahasiswa yg baru bg mewakili suara pelajar2 di uia..Students' Representative Council sesi 08/09 bakal diketahui tidak lama lg..byk persoalan yg bermain di minda para mahasiswa, bilakah agaknya tarikh sebenar pilihanraya kampus akan diadakan..rata2 berpendapat thn hadapan..bermacam2 kemungkinan yg bakal berlaku. siapakah yg akan memenangi 'election' kali ini..percaturan demi percaturan di kemukakan..adakah pakatan pro-mahasiswa akan kekal menerajui pimpinan kabinet pd sesi kali ini?atau mungkin pakatan pro-aspirasi pula yg akan menerajui kabinet akn datang...yang pasti, saya yakin, mahasiswa2 kita sekarang sudah bijak untuk menilai dan memilih.saya yakin, mahasiswa kita bukanlah mahasiswa yg berpemikiran sempit dan hanya mengikut telunjuk org di ats.. tetapi kita memerlukan mahasiswa yg berani utk tampil ke hadapan menyatakan keberanian utk menegakkan perkara yg batil dan berjuang demi keadilan..buktinya dapat kita lihat dalam keputusan PRU baru2 ini..apa pon keputusan yg bakal keluar nnti, haruslah diterima dgn hati yg terbuka..kpd barisan kepimpinan yg bakal menerajui pimpinan src nnti, diharap dpt menjalankan tugas dgn sebaik yg mungkin..anda menggalas harapan pelajar2 uia utk dibawa ke pihak atasan..menjadi src bukan hnya utk mengejar 'glamour', tetapi mengejar 'ganjaran' dari Khaliq pencipta kita.

Diharap semester baru ni dapat menjanjikan sesuatu yg berharga buat kita semua..sama2 kita tingkatkan kualiti dan kuantiti 'study' kita..sama2 kita melibatkan diri dgn aktiviti2 yg sihat dan bermanfaat..sama2 kita seimbangkan antara ilmu2 duniawi dan juga ukhrawi..sama2 kita amalkan sikap 'peduli' di kalangan masyarakat sekeliling..maka nescaya, kita akan menjadi mahasiswa yg cemerlang, gemilang dan terbilang...Student Power!!!!:)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger