Friday, July 24, 2009

Kesibukan yg melupakan...


Assalamualaikum..rsnya dh berminggu2 blog ni terbiar tnpa dikemaskini..dek kerana ada bbrp perkara penting yg perlu di 'awla' kan, maka terpaksa dibiarkan kalam cyber ni lenyap seketika dr tatapan pembaca...

alhamdulillah, 13 Julai lalu b'mulanya sem yg baru..maka bermulanya langkahku di bumi taman ilmu dan budi ni..langkah terakhir barangkali...apakah aku akan dtg lagi ke bumi yg byk mengajar aku erti hidup yg sebenar..bumi yg membawaku utk mengenali rasa nikmatnya bersahabat, ukhwah dan nikmatnya berada dlm satu 'tempat' yg mentarbiyah diri yg srba kekurangan ini..

kalau nak diceritakan pengalaman, amatlah banyak..mgkn blum tiba masa yg sesuai utk berkongsi bab tersebut..cuma utk tatapan pembaca dlm entry kali ini, saya tergerak utk menyentuh bab Masa atau 'al-waqtu' or Time...:)

mulanya sem baru, aku tlh diberikan taklifan yg bukan blh diambil mudah..pernah rs cuba utk menolak, tp apbl memikirkan ianya sbg satu sumbangan utk sahabat dan massa umumnya, aku rs bertanggungjawab utk menerimanya..terima kasih kpd shbt2 yg membantu menaikkan semangat, mmberi dorongan dan tnjuk ajar utk melaksanakan amanah ini..hanya doa kalian yg daku harapkan:)

menyentuh soal kerja2 'society', kerja2 sampingan persatuan atau yg lebih sinonim dgn student sprt assingment, semuanya berkaitan dgn Masa..Time Managment..bgaimanakah masa yg diperuntukan 24jam sehari, dpt kita manfaatkan sebaiknya..pernah ada shabat yg mengeluh, 'ish penat la farah, letih, byk kerja x siap lagi ni,assigment, kuiz, presentation, meeting, meeting dan meeting..nak bc quran pn x smpat, apatah lagi nk Qiam'...sy kira ramai yg pernah melalui situasi yg sedemikian..kt merasakan masa 24jam yg ada, ingin ditambah menjadi 48jam sehari..

masa yg berlalu, sudah tidak blh diundur..masa yg sedia ada perlu dimanfaatkan sebaiknya..masa yg akan datang perlu dirancang semoleknya agr tidak dibiarkan terlpas tnpa pengisian..yg pasti, semuanya berbalik kpd diri kita sndiri..bagaimana bijaknya kita utk menguruskan masa yg sedia ada..pendapat peribadi sy, jika masa yg kita peruntukan itu adalah utk melakukan perkara2 Ma'ruf, jgnlah mengeluh duhai sahabat..even kita cemburu melihat shbt2 yg boleh tidur di bilik, blh hanging out dgn kwn2, blh menonton wayang, sedangkan kita trpksa berhempas pulas melaksanakan taklifan yg diberi, anggaplah ianya satu Tadhiyyah yg bakal dibayar oleh Allah di hari pembalasan kelak.."intansurullah ha yan surkum"

saya kira shbt2 sekalian sgt familiar dgn firman Allah dlm Surah Al-'Asr..

"Demi Masa..Sesungguhnya manusia dalam kerugian..Kecuali yang Beriman dan yang Beramal Soleh..Yang Berpesan Pada Kebenaran..Jua berpesan pada Kesabaran.."


Moga daku diberi kekuatan utk melaksanakan segala taklifan yg diberi..dan diharapkan dgn kesibukan ini dpt mendekatkan lg daku padaMu..Ameen Ya Rabbul 'Alamin..:)

Wednesday, July 8, 2009

Suatu Kenangan...

Hakikat yang perlu diterima oleh setiap insan yang bergelar hamba ialah kehilangan. Ubat yang paling mujarab untuk penyakit kehilangan ialah KENANGAN..Dalam era modenisasi dan zaman IT ini, gambar menjadi salah satu bentuk kenangan yg dpt digunakan. Tapi, tahukah sahabat sekalian bahawa ada satu lagi bentuk kenangan yg paling berkesan untuk disimpan yakni kenangan yang berbentuk tulisan. Jika kita imbau kembali kpd zaman ulama silam dahulu, mereka dikenang hingga kini bukan kerana gaya 'posing'nya di hadapan kamera, tetapi kerana hebatnya mereka mengarang kitab-kitab agung sebagai tatapan sehingga ke generasi sekarang.

Berapa ramaikah di kalangan kita yang menyedari tentang hakikat suatu kenangan ini? Berapa ramaikah di antara kita umat Islam yang boleh mengarang, berkarya dan menulis? Ada sesetengah di antara kita yang sering merendah diri mengatakan ' aku tak mampu, aku tak cukup ilmu, siapalah aku nak berkarya, aku sibuk la' dan sebagainya...Dek kerana sikap kita yg sebegini, kita terpaksa menjadikan buku2 rujukan dari barat sebagai rujukan terutamanya dalam bidang Sains dan Teknologi..

Medium apakah yg sesuai utk kita mengorak langkah menghasilkan sebuah tulisan ini? sy secara peribadi berpendapat menulis blog adalah salah satu daripada langkah permulaan yang baik. Dalam era teknologi maklumat skrg ini, sudah ramai mahasiswa yg bangkit dan menghasilkan blog sendiri dengan coretan2 yg begitu mantap. terpulang kpd seseorang individu itu bagaimanakah cara mereka untuk mewarnai coretan di blog mereka..ada yg lebih gemar menulis mengenai Siasah, Tarbiyah, santai, pengalaman peribadi, pemantauan harian dan sebagainya..sy kira itu semua terpulang kpd hak masing2..Bloggers boleh datang dan pergi. begitu juga dgn pengunjung yg turut sama datang dan pergi. namun, bg pengunjung setia yg mengenali rapat dgn pemilik blog, mereka pasti mengharapakan sesuatu yg baru drpd blog tersebut..dan apbl sebuah blog itu tidak lg dikemaskini dek krn pemergian pemilik blog, pasti perasaan hiba dan sayu menyelubungi diri..Blog tersebut masih berpengunjung, tp dipenuhi dgn ucapan takziah buat keluarganya, namun pemilik blog sudah tdk mampu mmbaca ucapan2 yg indah dan doa di blognya..

namun, segala ilmu dan nasihat yg ditinggalkan si pemilik blog, merupakan satu amal jariah yg berterusan untuknya. begitu jugalah dengan karya yg ditinggalkan oleh ulama2 terdahulu. sebagai contoh Dr Fathi Yakan seorang ilmuan dan tokoh gerakan Islam yg tlah kembali ke rahmatullah baru2 ini.. bukan dgn menggantung gambar beliau patut dijadikan kenangan, tetapi sebarkanlah usaha beliau demi kebangkitan Islam...

Terlintas di fikiran, adakah saya akn terus istiqomah utk terus menulis? dan bagaimanakah nnti blog sy di ketika hari kematian...waktunya belum diketahui, namun ianya merupakan satu pemergian yg pasti...sy tertarik dgn kata2 ini.."Hidup adalah sebuah exam yg gagalnya tiada ruang untuk mengulanginya kembali"..Wallahu 'alam

Wednesday, July 1, 2009

Pengalaman Berharga Dalam Kenangan...


Hari ni dh genap 2 bulan saya menjalankan latihan industri atau dlm bhs yg selalu diguna pakai 'praktikal'..alhamdulillah, hari terakhir di ofis semuanya berjalan dgn lancar..syukur ku panjatkan kepada Allah krn diberi kesempatan utk mengenali kakitangan di Pejabat Agama Daerah SPT, dan memberikan peluang utk menimba ilmu dan pengalaman yg sgt berharga dlm hidup..

Saya pernah menulis dlm entry sebelum ni yg menggambarkan perasaan takut dan gementar saya utk menghadapi suasana baru..tp at last, alhamdulillah smuanya dpt dilalui dengan izinNya..nak diceritakan pengalaman, mmg sgt banyak..dlm masa yg singkat ni, sy dpt belajar byk p'kara..
antaranya, dah tau camna cara nak proses borang kahwin, cerai, rujuk..saya juga belajar prosedur2 memohon penceraian, kahwin luar negara, daftar perkahwinan dan sebagainya...itu hal yg berkaitan dgn Nikah, Cerai dan Rujuk..

Pengalaman lain yg dpt sy timba ialah dalam bahagian pendidikan, yang mana PADSPT menguruskan lebih berpuluh2 sekolah KAFA di sekitar daerah BM dan juga sek agama rakyat di sekitar kwsn tersebut..sy juga berpeluang menghadiri Majlis Ihtifal Sanawi Sekolah2 Agama Rakyat Pulau Pinang..terubat rindu dihati apabila dpt melihat adik2 menyampaikan persembahan nasyid..terkenang kembali zaman persekolah dulu..;)

Seterusnya, sy juga berpeluang mengetahui prosedur Imam2 dan Bilal2 Masjid dikendalikan, dan juga kelolaan masjid2 dan surau2 di sekitar daerah tersebut..sy juga diberi kesempatan utk bersama2 menjadi committee utk upacara Majlis Tilawah Al-Quran peringkat ZON SPT dan SPS..semuanya merupakan pengalaman yg cukup bermakna bagi menjalani kehidupan akan dtg.

Dalam pd itu, sy juga berpeluang berhadapan dgn bermacam2 ragam manusia..ada yg dtg mengamuk di pejabat, ada yg marah2 hndk dipercepatkan urusan, ada jg yg memaki hamun kami dan dituduh makan gaji buta dll..melalui cerita2 daripada kaunselor, pegawai penguatkuasa dan juga melalui pengalaman sendiri, dpt sy simpulkan bahawa, 'back to our basic'..meaning that we should back to our religion, which is ISLAM..

" al-Islamu Ya'lu Wa La Yu'la 'Alaih'

Mengapa saya berkata demikian?hal ini kerana melalui pemerhatian dan pengalaman bekerja, sy mendapati antara faktor2 yg menyebabkan keretakan rumahtangga adalah berpunca drpd tiadanya persefahaman antara pasangan, si isteri curang, si suami simpan perempuan, si suami berjudi, kaki pukul, minum arak, penagih, penderaan suami keatas isteri, tidak memberi nafkah zahir dan batin dan byk lagi..faktor2 begini terjadi kerana kurangnya ditekankan didikan agama dalam kehidupan..

Ingatlah sahabat2, kalau bukan kita sendiri yg mengubah nasib dan cara hidup kita, siapa lg yg akan merubahnya? takkan nak diharapkan ibu bapa sampai ke tua, atau kawan2?..Allah tlh berfirman dalam Surah Ar-Rad : 11

".....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya"


Kalau nak diceritakan pengalaman berharga sy ni, rsnya x cukup 1 page..nnti rs cam wat report praktikal plak..;)...rsnya cukup dulu la setakat ni..klu ada shbt2 yg nak tau cerita selanjutnya, boleh la rodger2 sy di sem baru nnti..

Kepada boss yg sgt baik dan sporting orgnya, kpd staff2, tok kadi2 di PADSPT, syukran 'ala kullihal, thank you so much!!!terima kasih bangat atas segala tnjuk ajar, ilmu, teguran, dan kenangan2 yg diizinkan singgah dlm kamus hidup sy..teringat lagi usikan2 nakal staff di situ..'hah farah pas hbs praktikal ni, trus balik merap mak dia la nak menikah dh..proses borang kawin pandai dah'..saya lantas memberikan jawapan 'standart'...'eh mana ada, lmbt lagi aihh, study pn x habis lagi'..;)..itulah antara kenangan2 yg tak akan dilupakan..

harapnya nukilan sy kali ini tidak membosankan para pembaca..sekadar ingin berkongsi pengalaman dan harapnya sama2 dijadikan pengajaran dlm meniti kehidupan ini..wallahu'alam.;)


Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Construction. Powered by Blogger